Sabtu, Mac 07, 2009

UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

Penolong Pegawai
Unit Pengurusan Akademik Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing
HJ. SALIM BIN MOHAMED

UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

Penolong Pegawai Unit Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing
Zalina Binti Nordin

PENGURUSAN SEKOLAH

Penyelia Unit Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing
HJ. MOHD LATIF BIN SALAMON

UNIT PEPERIKSAAN


Penyelia Unit Peperiksaan
Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing
MOHD SOPIAN BIN ADAM

OBJEKTIF UNIT PEPERIKSAAN BAHAGIAN PENDIDIKAN JABATAN AGAMA JOHOR

Menyelaras pendekatan teknik soalan yang lebih sistematik dengan kaedah terkini bersesuaian dengan perkembangan kurikulum semasa.

Menjadikan Peperiksaan Sekolah Agama sebagai salah satu daripada asas untuk menerapkan nilai murni selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Agama dan Falsafah Pendidikan Negara melalui ujian lisan dan amali yang tersusun.

Meningkatkan mutu penilaian Peperiksaan Bersijil khususnya peperiksaan SDEA dan SDKA.

Memelihara keesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kemudahtafsiran untuk menjamin kualiti sistem peperiksaan Sekolah-sekolah Agama Negeri Johor.



PEPERIKSAAN SIJIL DARJAH ENAM (SDEA) DAN PEPERIKSAAN SIJIL DARJAH KHAS (SDKA) SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI JOHOR

Peperiksaan Sijil Darjah Enam (SDEA) dan Peperiksaan Sijil Darjah Khas (SDKA) ialah peperiksaan berpusat dengan tujuan untuk menilai pencapaian murid-murid sekolah agama.


KEPENTINGAN

SDEA adalah untuk menilai pencapaian murid sekolah agama yang telah belajar selama enam tahun dalam menguasai kemahiran membaca, menulis serta kemahiran kognitif.

SDEA adalah untuk menilai pencapaian murid sekolah agama yang telah lulus dan layak ke Darjah Khas dapat menguasai kemahiran Kognitif, Efektif dan Tsikomotor.

Ujian ini dijalankan dalam Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Arab.



JENIS-JENIS PEPERIKSAAN YANG DIURUSKAN OLEH UNIT PEPERIKSAAN

1. Peperiksaan Setengah Tahun dan Akhir Tahun Sekolah Agama Kerajaan Johor

2. Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) Sekolah Agama Kerajaan Johor

3. Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) Sekolah Agama Kerajaan Johor

4. Peperiksaan Program Pengajian Islam Guru-guru Agama Kerajaan Johor

5. Ujian Penilaian Kelas KAFA

6. Peperiksaan Sekolah Menengah Rendah Agama Sekolah Menengah Agama Negeri Johor

7. Peperiksaan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor

8. Peperiksaan Sekolah Rendah Agama Bersepadu

SAKNJ

SEKOLAH AGAMA KERAJAAN NEGERI JOHOR


OBJEKTIF

1. Mengenal, mempelajari, memahami, dan menghayati asas-asas aqidah dan ibadah serta sentiasa bersyukur kepada Allah.

2. Dapat membaca Al-Quran dengan baik dan bertajwid serta dapat memahami dan menghayati pengajaran yang terkandung di dalamnya di samping boleh menghafaz surah-surah pilihan.

3. Membentuk peribadi mulia, berfikiran positif, berdaya kreatif, produktif serta sentiasa berdaya tahan dan berdaya maju.

4. Dapat memupuk kemahiran menulis dan membaca jawi serta dapat mempertahankannya.

5. Mempelajari, memahami dan memupuk kemahiran berbahasa Arab sama ada secara lisan dan tulisan.

6. Dapat melakukan dan menghayati amalan-amalan fardhu ain, fardhu kifayah dan sunat dengan baik menerusi pelajaran amali.


TAJ


TADIKA AGAMA JOHOR

OBJEKTIF

1. Memupuk semangat sayangkan agama, bangsa dan negara.

2. Memupuk kemahiran asas membaca Al-Quran dan menulis jawi.

3. Menghormati dan menggunakan Bahasa Melayu dengan baik sebagai Bahasa Kebangsaan.

4. Memperkenalkan Bahasa Arab sebagai Bahasa Al-Quran dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

5. Memupuk kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.


SRAB


SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU DAERAH MERSING


PENGENALAN

Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) adalah pendidikan peringkat sekolah rendah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Johor mulai sesi persekolahan 1999. Ia diwujudkan bagi memenuhi kehendak Pelan Tindakan Belanjawan Kajian Pendidikan Agama 1998.

Penyediaannya untuk membolehkan lepasan sekolah rendah agama Johor dapat meneruskan pelajarannya ke peringkat menengah seterusnya ke Pusat Pengajian Tinggi dalam dan luar negeri. Di masa yang sama SRAB adalah tapak untuk menyalurkan calon-calon pelajar ke peringkat menengah khasnya di sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri Johor.

Terdapat 8 buah SRAB di seluruh Negeri Johor, iaitu :

1. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Taman Seri Tebrau, Johor Bahru

2. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Sungai Abong, Muar

3. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Tmn Bukit Pasir, Batu Pahat

4. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Taman Bukit Siput, Segamat

5. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Taman Intan, Kluang

6. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Benut, Pontian

7. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Kota Kecil, Kota Tinggi

8. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Felda Tenggaroh, Mersing

STRUKTUR ORGANISASI PPAD MERSING


klik gambar untuk tatapan yang jelas

PROFIL-->Visi,Misi,Piagam Pelanggan



VISI

Menyedia dan mengurus pendidikan Islam yang bersistematik dan berterusan sebagai wadah untuk membentuk dan membina generasi muslim yang berkualiti lagi komited bagi memastikan agar kelangsungan umat islam pada masa hadapan terus terpelihara dan terurus.

MISI

Mencerap kesedaran dan rasa pertanggungjawaban setiap anggota masyarakat terhadap kepentingan pendidikan Islam dalam membentengi dan memperkasakan diri daripada berbagai kemelut cabaran dan gejala negatif yang meruntuh status kemuliaan insan.
Melahirkan anak-anak yang celik agama ,berilmu,beriman,beramal,berakhlak murni dan berketerampilan menerusi program pendidikan yang terancang,bertahap dan berkesan.
Mengurus dan menyediakan barisan para pendidik yang mencukupi,berkelayakan,berkemahiran,berwibawa serta berkeupayaan tinggi dalam menghadapi apa juga cabaran dan hambatan.
Menyediakan kemudahan dan keselesaan prasarana pendidikan secara berterusan bagi
mematuhi hasrat setiap peringkat masyarakat di seluruh Negeri Johor.

PIAGAM PELANGGAN

Memberi layanan yang saksama ,telus dan mesra kepda semua pelanggan.










KEMPEN BUDAYA KERJA QUDWAH (KUALITI)



Matlamat utama sesebuah jabatan dan institusi pendidikan seharusnya kecemerlangan dalam bidang pengurusan dan akademik serta sahsiah pelajar. Malah tujuan pendidikan pernah ditakrifkan sebagai “to make one fit to live and fit to live with”. Oleh yang demikian, perancangan pendidikan seharusnya mengambil kira dua tumpuan utama ini agar guru dan pelajar atau insan yang dilahirkan nanti bukan hanya memiliki segala kemampuan dan ilmu pengetahuan malah berkemahiran yang perlu untuk hidup di dunia ini ditambah juga mempunyai nilai-nilai murni yang unggul agar dapat menyumbang kepada pembentukan sesebuah masyarakat yang sejahtera.

Pejabat Pendidikan Agama Daerah merupakan sebuah organisasi yang telah diamanahkan untuk mengurus dan memberi perkhidmatan yang sebaiknya terhadap sistem pendidikan agama Kerajaan Negeri Johor. Bagi meralisasikan hasrat ini, perancangan yang sistematik dan bersepadu amatlah penting. Oleh yang demikian, Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing telah mengambil keputusan untuk menggunakan pendekatan strategik berlandaskan perancangan strategik 4PQ yang diamalkan oleh beberapa jabatan pendidikan di Malaysia. Langkah ini sebagai menyokong usaha Jabatan Agama Johor, Bahagian Pendidikan Agama Johor ini di peringkat mikro dan “grass root”. Rasional pendekatan ini adalah seperti berikut:

1- Tindakan yang lebih fokus ke arah pencapaian misi dan visi serta matlamat Kerajaan Negeri dan sekolah.
2- Perancangan serta perlaksanaan program pengurusan sekolah dan program melibat P&P yang lebih sistematik dan menyeluruh.
3- Penglibatan semua pihak iaitu pejabat, sekolah, pelajar, ibu bapa dan masyarakat luar pada amnya dalam perancangan program pendidikan kearah kecemerlangan.
4- Penggunaan sumber manusia serta sumber bukan manusia yang lebih bersepadu dan optimum dalam perlaksanaan program pendidikan.
5- Peningkatan keberkesanan kos dalam perancangan dan perlaksanaan semua program pendidikan.
6- Peningkatan perasaan keempunyaan(“sense of ownership”) di kalangan semua warga pendidik kearah pencapaian misi dan visi.

Selasa, Mac 03, 2009

SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA DI MERSING


SRAB MERSING
S.A TERIANG

S.A TENGLU

S.A TANSRIABDKADIR
dioshdiohwisoi

S.A TANJUNG RESANG

S.A TANJUNG LEMAN

S.A TANAH ABANG

S.A SRI PANTAI

S.A SPG PENYABUNG

S.A SEMANYIR

S.A PULAU TINGGI

S.A PULAU PEMANGGIL

S.A PULAU SIBU
S.A PULAU AUR

S.A PENGKALAN BATU
S.A MERSING KANAN

S.A KEM ISKANDAR

S.A FELDA TIMUR 1

S.A FELDA TENGGAROH 7

S.A FELDA TENGGAROH 6

S.A FELDA TENGGAROH 5

S.A FELDA TENGGAROH 3

S.AFELDA TENGGAROH 2

S.AFELDA TENGGAROH 1

SAFNITAR2

SAFNITAR1

SABUKIT TIMBALAN

SABELUKAR JULING
SABANDAR ENDAU
SAAIR TAWAR
S.AAIR PAPAN