Khamis, Ogos 26, 2010

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA GURU
Marilah kita sama-sama mengucapkan "Marhaban Ya Ramadan". Mengucapkan "Marhaban Ya Ramadan" (Selamat Datang Ramdhan) dengan ikhlas menunjukkan kita gembira menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini. Rasulullah sendiri gembira setiap kali kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramadan.
Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda : "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramadan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Riwayat Ahmad)"
Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat.
" (Riwayat Muslim)
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (Riwayat Imam al-Bukhari)"
Sesiapa sempat bertemu Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh dia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)
Selamat berpuasa dan moga kita semua dirahmati Allah di bulan Ramadan ini.
Marhaban Ya Ramadan

Isnin, Ogos 02, 2010

AKTIVITI BULAN OGOS

Unit Pengurusan Akademik
1. Pemantauan Pembelajaran Dan Pengajaran Guru Serta Kerja Tulis Murid.
Unit Pengurusan Sekolah
1. Ujian Kelas Peningkatan Ilmu Bagi Guru-Guru DB17, KAFA dan TAJ bertempat Zon 1 : Dewan Sekolah Agama Bukit Timbalan dan Zon 2 : Dewan SRAB, Tenggaroh 5 pada 4 Ogos 2010. Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi.
2. Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Bagi Pelajar-Pelajar Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor Peringkat Daerah Mersing Tahun 2010 / 1431 - Di Dewan Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Sri Lalang, Mersing pada 7 Ogos 2010.
3. Program Tadarus Al-Quran
4. Program Khatam Al-Quran
Unit KAFA
1. Pemantauan Pengajaran & Pembelajaran Bagi Guru KAFA.
2. Taklimat UUM di Dewan SRAB, Sri Lalang, Mersing pada 4 Julai 2010. Masa 10.00 pagi.