Jumaat, Januari 13, 2012

MAJLIS AMANAT GURU-GURU AGAMA DAERAH MERSING






Pada 8 Januari 2012, perjumpaan antara guru-guru agama daerah Mersing dan warga kerja Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing bersama Y.B Datuk Dr Haji Abdul Latif Bin Haji Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia telah diadakan di Perkarangan Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing.
Antara pegisian yang terdapat di majlis amanat tersebut ialah ceramah tentang Solat Berjemaah Dan Kepimpinan yang disampaikan oleh Ustaz Khaidir Bin Husin Bin Ibrahim. Selain itu, majlis tersebut di serikan lagi dengan ucapan oleh Pengerusi Majlis Guru Agama Daerah Mersing (MAGA), Ustaz Shamsari Bin Md Nor.
Guru-guru juga diperdengarkan dengan amanat awal tahun 2012 oleh Pegawai Pendidikan Agama Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Hidris Bin Shahri yang menekankan tentang sahsiah guru, tanggungjawab guru dan pelan strategi PPAD pada tahun 2009 dan 2010 iaitu 4PQ dan 10D.
Pada majlis tersebut, dilancarkan satu program bagi tahun 2012 iaitu program IMAMA. IMAMA itu bermaksud:
I = Intelektual
M = Muttaqin
A = Alim
M = Mubaligh
A = Amal
Selamat Tahun Baru, semoga guru-guru agama daerah Mersing sentiasa mampu memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan dalam mendidik pelajar agar menjadi pelajar yang lengkap dengan ilmu dunia dan akhirat. Insyaallah.