Selasa, Mei 22, 2012

MAJLIS PECAH TANAH BANGUNAN TAMBAHAN SRAB MERSING

MERSING. Pada 18 Mei 2012 Majlis Pecah Tanah Bangunan Tambahan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Mersing telah diadakan. Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannnya oleh Y.B. Dato' Hj Zainal Abidin Bin Hj Othman,  Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor.


Rabu, Mei 16, 2012

MAJLIS AMANAT PERKHIDMATAN GURU AGAMA DAERAH MERSING

Majlis Amanat Perkhidmatan Guru Agama Daerah Mersing telah diadakan pada 15 Mei 2012 di Hotel Sri Malaysia, Mersing. Dalam amanat yang disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Agama Daerah Mersing, belioau menekankan agar Guru Besar sentiasa mengingatkan  kepada guru-guru dibawah jagaan mempunyai sifat 'makarin' atau integriti dan sentiasa menunjukkan cara hidup pergaulan kepada masyarakat dengan cara Islam kerana orang-orang Islam yang tidak menunjukkan cara Islam maka dia adalah golongan munafik serta sentiasa memuliakan orang yang lebih tua serta mengasihi orang yang muda.



Disini juga saya bersama warga Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing mengucapkan Selamat Hari Guru..............

Isnin, Mei 07, 2012

KURSUS JAWI 2012


Kursus Jawi 2012 telah di adakan kepada guru-guru Agama Daerah Mersing pada 1 Februari 2012 , 15 Februari 2012 dan 8 Mac 2012 .