Khamis, Oktober 29, 2015

MAJLIS AMANAT PPID MERSING DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA

7 Ogos 2015 - Majlis Amanat yang disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing, Tuan Haji Ahmad Hesamuddin bin Mohd Tahir telah didengari hampir 240 warga kerja PPID Mersing dan guru-guru agama daerah Mersing bersama keluarga di Dewan Jubli Intan Mersing, Johor.
Haji Salim bersama rakannya


barisan warga kerja PPID Mersing

barisan warga kerja PPID Mersing

barisan warga kerja PPID Mersing

guru S.A.Pusat Air Tawar
guru S.A.Tenggaroh 5 dan S.A.Timur 1
Guru S.A. Pengkalan Batu
Guru S.A. Tenggaroh 3 & S.A.Tenggaroh 6
Barisan Guru Besar Zon Tenggaroh
Guru S.R.A.al-Khairiah Mersing.
Guru S.A.Bandar Endau
Guru S.A.Teriang
Guru S.A.Semanyir


guru S.A.Belukar Juling dan S.A.Semanyir
 

Isnin, Oktober 12, 2015

MAJLIS SEKALUNG BUDI RANTAIAN KASIH

1 Oktober 2015 (Khamis) - Majlis ini diadakan bagi meraikan pegawai yang telah bertukar dalam daerah, luar daerah dan guru yang bersara. Antara yang pegawai dirai ialah Ustaz Haji Mohd Faiz bin Rohani yang telah berkhidmat di Pejabat Pendidikan Islam Daerah Segamat sebagai Pegawai Pendidikan Islam Daerah Segamat bermula 15 Julai 2015.
Bertukar dalam daerah
1. Ustaz Mohd Sopian bin Adam
2. Ustaz Abd Hamed bin Othman
3. Ustaz Md Norman bin Md Noh
4. Ustaz Ahmad Nasir bin Awang
Pegawai dan Guru yang Bersara
1. Hajah Zaharah binti Isnin
2. Ustazah Fatimah binti Ab Rahman
3. Ustazah Saripah Jap binti Tuan Chik
4. Ustazah Seti Warisah binti Hamzah
5. Ustazah Sutiha binti Kasnawi
6. ustazah Saonah binti Hj Masguki

SEMINAR MENDAULATKAN ISLAM AGAMA NEGARA

20 September 2015 (Ahad) - Seminar yang sangat menarik ini telah diadakan di Dewan Jubli Intan Mersing dengan menampilkan beberapa orang penceramah yang terkemuka yang didatangkan khas dari Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSiM) iaitu:
1. Dato' Prof. Hj. Muhamad Naser bin Desa (Ketua Pegawai Eksekutif IKSiM)
2. Ustaz Mohd Zawawi bin Awang ( Pegawai Agama Lembaga Kemajuan Kemubu Kelantan)
3. Ustaz Ungku Ahmad Fadzil bin Ungku Ali ( Felow Kanan IKSiM)
Seminar memberi penekanan bahawa agama Islam itu merupakan agama Negara Malaysia dan pengekalan kedaulatannya seiring dengan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

KURSUS PENDEDAHAN BAHAN BANTU MENGAJAR MULTIMEDIA

2-3 September 2015- Kursus yang diadakan selama 2 hari 1 malam di Teluk Gorek Camp & Chalet, Tanjung Resang diharap memberi sumber inspirasi kepada lebih 50 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru agama dalam menjadikan teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat menarik minat pelajar-pelajar kepada subjek agama.

ANUGERAH KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN PERINGKAT NEGERI

1 JUN 2015 - Daerah Mersing telah terpilih menjadi tuan rumah Peringkat Negeri sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Sijil Darjah Enam Agama (SDEA), Sijl darjah Khas Agama (SDKA), Sijil Intensif Bahasa (SIB), Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA), PT3, Sijil Menegah Agama (SMA), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2014 Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan Johor.
Penyampaian Anugerah Kecemerangan Peperiksaan disampaikan Tuan Haji Ramli bin Jusoh, Timbalan Pengarah JAJ.
Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Semoga kalian menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.


TILAWAH ALQURAN MURID-MURID SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR PERINGKAT DAERAH MERSING

16 Jun 2015 - Sekolah Agama Teriang dan Sekolah Agama Simpang Penyabong telah menjadi tuan rumah bagi acara Tilawah al-Quran Peringkat Daerah.
Kerjasama daripada semua Guru Besar dan guru-guru yang menghantar wakil pelajar-pelajarnya menyertai pertandingan tersebut diucapkan ribuan terima kasih.
Majlis Perasmian Penutup di Dewan Sekolah Agama Teriang telah dirasmikan dan hadiah telah disampaikan kepada pemenang-pemenang oleh Tuan Haji Sulaiman bin Dumang, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, JAJ.

PROGRAM IHYA' RAMADAN

2 Julai 2015 - Program Ihya' Ramadan yang diadakan pada setiap tahun ini menjadi telah menjadi pemangkin semangat dan memupuk sikap bantu-membantu di kalangan pelajar sekolah agama.
Pada tahun 2015 program ini diadakan di Masjid Jamek Bandar Endau telah dapat mengumpul wang sebanyak RM14,073.00 untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar miskin di 33 buah sekolah agama Daerah Mersing.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH MERSING

Pada 28  Mei 2015 - Telah berlangsung Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Mersing di Politeknik Mersing telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Haji Latif bin Haji Bandi.

Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang telah berjaya dan dipilih sebagai pemenang mengikut kategori seperti berikut :

1. Badan Kebajikan Sekolah Agama Kerajaan Johor Cemerlang (Gred A&B) :Sekolah Agama Mersing Kanan.
2.  Badan Kebajikan Sekolah Agama Kerajaan Johor Cemerlang (Gred C) : Sekolah Agama Pusat Air Tawar.
3. Badan Kebajikan Sekolah Menengah Agama Johor Cemerlang : Sekolah Menengah Agama al-Khairiah Mersing.
4. Tadika Islam Johor Cemerlang (Gred A&B) : Sekolah Agama Bukit Timbalan
5. Tadika Islam Johor Cemerlang (Gred C) : Sekolah Agama Pengkalan Batu.
6. Sekolah Agama Kerajaan Johor Cemelang (Gred A&B) :Sekolah Agama (F) Tenggaroh 2.
7. Sekolah Agama Kerajaan Johor Cemerlang (Gred C) : Sekolah Agama Pusat Air Tawar.
8. Sekolah Agama Bersepadu Cemerlang : Sekolah Rendah Agama Bersepadu Mersing.
9. Sekolah Menengah Agama Cemerlang : Sekolah Menengah Agama al-Khairiah Mersing.
10. Anugerah Khas Sekolah (Gunasama) :Sekolah Agama Tanah Abang
11. Bilik Operasi SPK Sekolah (BOSS) Cemerlang : Sekolah Agama Sawah Dato'
12. Guru Cemerlang Tadika Islam Johor : Ustazah Julaiza binti Eiem.
13. Guru Cemerlang Kelas Al-Quran & Fardu Ain (KAFA) : Ustazah Siti Sarijah binti Saminoh
14. Guru Cemerlang Sekolah Agama Kerajaan Johor : Ustazah Rosnah binti Mohamed Noor.
15. Guru Cemerlang Sekolah Menengah Agama Negeri Johor : Ustazah Hjh. Siti Maimunah binti Idris.
16. Anugerah Inovasi : Ustaz Mohd Noh bin Mahat
17. Anugerah Khas Hari Guru : Haji Mohd Hidris bin Shahri
18. Anugerah Khas Guru Sekolah Agama Kerajaan Johor : Ustaz Haji Hassan bin Salad
19. Anugerah Khas Guru Sekolah Menengah Agama Negeri Johor : Ustazah Norizan binti Md Zin
20. Anugerah Ko-kurikulum Cemerlang (Gred A&B) : Sekolah Agama Bandar Endau.
21. Anugerah Ko-Kurikulum Cemerlang (Gred C) : Sekolah Agama Pengkalan Batu.