Isnin, Mei 30, 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN PEJABAT DAN SEKOLAH BIL 2/2016

29 Mei 2016 - Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pejabat dan Sekolah Bil 2/2016 telah diadakan di Sekolah Agama Belukar Juling. Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah Sekolah Agama Belukar Juling iaitu Ustaz Md Norman bin Md Noh di atas layanan yang diberikan kepada semua Guru Besar dan semua pegawai PPID Mersing.


MAJLIS PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN MURID-MURID SAKJ PERINGKAT DAERAH TAHUN 2016

25 Mei 2016 - Pertandingan Majlis Pertandingan Tilawah al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor telah diadakan di Dewan Utama Sekolah Agama Felda Nitar 02, Mersing. Sebanyak 16 acara dipertandingkan. Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Tuan Zamri bin Hj Momen, Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing. Manakala Johan keseluruhan Peringkat Daerah diungguli Zon Endau. Tahniah kepada peserta yang Berjaya di peringkat Daerah. Semoga kejayaan milik kita pada Peringkat Negeri in sya Allah yang dijangka akan diadakan pada bulan September di Daerah Batu Pahat.


Rabu, Mei 18, 2016

MESYUARAT PENYELARASAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH MERSING 2016

16 Mei 2016 - Mesyuarat Penyelarasan Tilwah al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Daerah Mersing telah diadakan pada 16 Mei 2016 di Sekolah Agama Felda Nitar 02. Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar S.A.Felda Nitar 02 , Ustazah Rashidah binti Abd Rashid. dan semua guru penolongnya kerana sudi menjadi tuan rumah untuk Perujian Tilawah al-Quran Murid-Murid SAKJ Peringkat Daerah Mersing yang dijangka akan diadakan pada 25 Mei 2016. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh PPID Mersing, Ustaz Zamri bin Hj Momen.

SELAMAT HARI GURU 2016

16 MEI 2016 - Warga kerja Pejabat Pendidikan Islam Daerah Mersing mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru agama di Daerah Mersing. Semoga tahun ini memberi lebih inspirasi kepada semua guru agar terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.


Selasa, Mei 03, 2016

PERUJIAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ZON TENGGAROH

27 April 2016 -  Perujian Tilawah al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Zon Tenggaroh telah diadakan di Sekolah Agama Felda Tenggaroh 06. Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing, Ustaz Mohd Zamri bin Haji Momen. Tahniah kepada sekolah yang telah berjaya. Tahniah dan terima kasih kepada tuan rumah, Ustaz Ahmad Nasir bin Awang di atas kerjasama yang diberi. Johan keseluruhan Tilawah al-Quran Murid SAKJ Peringkat Zon adalah Sekolah Agama Bukit Timbalan.


PERUJIAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ZON ENDAU

26 April 2016 - Perujian Tilawah al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Zon Endau telah diadakan di Sekolah Agama Semanyir. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Johari bin Samat, Penolong Pegawai Unit Pengurusan Sekolah. Tahniah diucapkan kepada sekolah yang berjaya. Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada tuan rumah Guru Besar Sekolah Agama Semanyir, Ustazah Jamaliah binti Mahmood atas kerjasama yang diberi. Johan keseluruhan Tilawah al-Quran Murid SAKJ Peringkat Zon Endau adalah Sekolah Rendah Agama Bersepadu Mersing. TAHNIAH. Semoga Allah sentiasa memelihara kita semua dalam memperkasakan Islam di bumi Mersing.


Isnin, Mei 02, 2016

MESYUARAT PPID BERSAMA GURU BESAR KALI-1 TAHUN 2016

28 Mac 2016 -Mesyuarat PPID bersama Guru Besar SAKJ Daerah Mersing telah diadakan di Sekolah Agama Pengkalan Batu, Mersing. Mesyuarat dipengerusikan oleh PPID Mersing UstazMohd Zamri bin Haji Momen. Pada hari tersebut juga sebagai tanda salam perkenalan PPID Mersing yang baru kepada semua Guru Besar.
Semoga kerjasama yang erat dan mantap dapat diwujudkan bersama PPID baru bersama pihak sekolah.