Ahad, Disember 04, 2016

PERTANDINGAN MEMANAH DAN MEMANCING GURU-GURU AGAMA KERAJAAN JOHOR PERINGKAT NEGERI TAHUN 2016

29 November 2016 - Program Pertandingan Memanah dan Memancing Guru-Guru Agama Kerajaan Johor Peringkat Negeri Tahun 2016 telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Jalan Sekakap, Mersing.
Sebanyak 5 daerah telah mewakili pertandingan memanah iaitu  daerah Pontian, Tangkak, Batu Pahat, Johor Bahru dan Mersing. Manakala bagi acara memancing sebanyak 7 daerah yang menyertai iaitu daerah Johor Bahru, Pontian, Batu Pahat, Muar, Kluang, Kulai dan Mersing. Majlis Penutup pertandingan ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Nasir bin Amir, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam, JAINJ.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai dan berjaya iaitu:
Acara Memanah BerpasukanLelaki
Johan : Daerah Tangkak
Naib Johan : Daerah Mersing
Tempat Ketiga : Daerah Johor Bahru
Acara Memanah Berpasukan Perempuan
Johan : Daerah Johor Bahru
Naib Johan : Daerah Tangkak
Tempat Ketiga : Daerah Mersing
Acara Memancing Berkumpulan 
Johan : Daerah Mersing
Naib Johan : Daerah Johor Bahru
Tahniah diucapkan kepada semua peserta, guru-guru daerah Mersing dan terutama sekali barisan urusetia & AJK PERSAGA Daerah Mersing yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.





PROGRAM MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH

November 2016 - Satu program menceriakan kawasan sekolah telah diadakan di peringkat daerah kepada semua guru agama daerah Mersing. Program ini disatukan dalam satu Bengkel Landskap Sekolah-Sekolah Agama Daerah Mersing yang bertempat di bangunan baru iaiti Sekolah Agama Taman Nakhoda, Mersing, Johor.
Turut terlibat dalam bengkel tersebut ialah Tuan Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing, Ustaz Zamri bin Hj Momen dan Juruteknik Landskap Encik Mustafa Kamal bin Abdul Rahman dari Pejabat Daerah Mersing
Semoga usaha murni menceriakan kawasan sekolah dapat dipraktikkan di sekolah masing-masing. Semoga Tahun 2017 sekolah-sekolah agama di daerah Mersing CERIA dan MENYEGARKAN.






KEJOHANAN SUKAN BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAINJ & PERSAGA 2016

Aktiviti sukan yang diadakan setiap tahun merupakan satu aktiviti sihat untuk para guru agama dan juga untuk mengeratkan silaturahim sesama warga kerja di semua daerah. Program Kejohanan Sukan Bahagian Pendidikan Islam JAINJ & PERSAGA Tahun 2016 ini diadakan mengikut acara sukan dan tarikh yang ditetapkan oleh pihak negeri.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang mewakili Daerah Mersing dalam beberapa acara Kejohanan Sukan ini iaitu:
1) Acara Bowling Lelaki dan Perempuan
2) Acara Sepak Takraw
3) Acara Bola Tampar
4) Acara Bola Jaring
5) Acara Badminton Lelaki dan Perempuan
6) Acara Pingpong Lelaki dan Perempuan
Naib Johan Bowling Lelaki

Tempat Ketiga PingPong Berpasukan

Tempat Ketiga Bola Jaring

Johan Sepak Takraw

MERSING HEBAT.....

PEMBINAAN SEKOLAH 121 DAERAH MERSING

24 November 2016 - Satu lawatan khas oleh Pihak Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), Pegawai Negeri Bahagian Pendidikan Islam, JAINJ, Pegawai dari PPID Mersing ke Majlis CPC di Sekolah Agama Bandar Endau. Lawatan bertujuan untuk menyemak dan mengenal pasti kerosakan-kerosakan jika terdapat di sekolah tersebut sebelum bangunan tersebut diserahkan kepada pihak sekolah / PPID



2 Mei 2016 - Di Daerah Mersing terdapat 3 buah sekolah yang terlibat dengan Program Pembinaan 121 buah sekolah peringkat Negeri Johor yang diurus oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) iaitu:
1. Sekolah Agama Semanyir (bangunan tambahan)
2. Sekolah Agama Bandar Endau (bangunan tambahan)
3. Sekolah Agama Taman Nakhoda (bangunan baru)
Secara ringkasnya, ketiga-tiga buah sekolah ini dahulunya diuruskan oleh syarikat MySis dan kini telah diambil alih oleh KPRJ.
Setakat ini sekolah yang telah diserahkan kepada pihak Pejabat Pendidikan Islam Daerah Mersing (PPID) ialah Sekolah Agama Semanyir yang telah digunapakai sepenuhnya pada 2 Mei 2016 bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Isnin, Oktober 31, 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN PEJABAT DAN SEKOLAH KALI-4

26 Oktober 2016 - Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pejabat dan Sekolah Kali-4 bagi tahun 2016 telah diadakan di Sekolah Agama Simpang Penyabong. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Abdul Hamed bin Othman selaku Guru Besar dan semua guru-guru Sekolah Agama Simpang Penyabong di atas kerjasama yang telah diberikan.
Mesyuarat telah berjalan dengan sempurna sehingga jam 3.00 petang. Di akhir mesyuarat tersebut, Tuan PPID Mersing iaitu Ustaz Zamri bin Hj Momen telah mengumumkan sekolah yang berjaya di pilih sebagai Sekolah Tercantik. Sekolah yang berjaya ialah Sekolah Agama Pusat Air Tawar. Tahniah diucapkan kepada Ustazah Zalina binti Noordin, Guru Besar Sekolah Agama Pusat Air Tawar dan semua guru dibawah pentadbiran beliau yang berjaya menceria sekolah tersebut.


Isnin, Oktober 10, 2016

TAKLIMAT BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR GURU-GURU AGAMA DAERAH MERSING

Unit Pengurusan Akademik (UPA) telah mengatur satu program yang melibatkan semua guru agama daerah Mersing termasuk guru KAFA dan guru TAJ mengenai Kepentingan dan Teknik Pengisian Buku Persediaan Mengajar. Taklimat ini dibahagi kepada beberapa kumpulan agar hasrat PPID untuk menyampaikan taklimat tersebut sampai kepada semua guru agama Daerah Mersing.
Antara taklimat yang telah dijalankan adalah:

Zon Mersing 19.9.2016 - di Sekolah Agama Tenglu



 Zon Tenggaroh 9.10.2016 - di Sekolah Agama Felda Tenggaroh 02



TAHNIAH PESERTA MERSING

4 OKTOBER 2016 - Majlis Perujian Tilawah al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Negeri telah diadakan di Daerah Batu Pahat bertempat Universiti Tun Husin Onn.
Seramai 42 peserta Daerah Mersing yang hadir ke Daerah Batu Pahat. Beberapa acara telah dimenangi antaranya:
1. Johan Perujian Berzanji Putera : Adik Zaid Harithah bin Zainal ( S.A. Sawah Dato')

2. Naib Johan Perujian Berzanji Puteri : Adik Najah Haziqah binti Ashar ( S.A.Sawah Dato')

3. Tempat ke 3 Perujian Mentafsir Ayat Al-Quran : Adik Nur Farisah binti Razali (S.A.Sawah Dato')

4. Tempat ke 3 Perujian Syarahan Bahasa Melayu Putera : Adik Muhammad Khairul Shazimin
    ( S.A.Teriang)
5. Tempat ke 3 Nasyid Putera : Kumpulan Soutul Jihad (Sekolah Agama Sawah Dato')

     a) Muhammad Hazim Hazmi bin Abdul Jalal
     b) Muhammad Alif Hanafi bin Abdullah
     c) Muhammad Alif Yazmin bin Kamarulzaman
     d) Muhammad Arif bin Mat Saman
     e) Zaid Harithah bin Zainal
     f) Muhammad Azri bin Abdul Aziz
     g) Ahmad Zainuddin bin Ahmad Sofi
     h) Muhammad Haziq Najmi bin Ramizu
     i) Muhammad Idham bin Zainuddin
     j) Haikal Hakimi bin Abdullah


TAHNIAH KONTINJEN PERBARISAN MERSING

Semangat yang ditunjukkan oleh kontinjen perbarisan Mersing sepanjang sesi latihan dan ketika berlangsungnya Hari Kemerdekaan di dataran tepi laut sehingga Stadium Mersing harus dipuji. Semangat yang kuat dan jitu itu hasil daripada komitmen Ustaz Zamri bin Hj Momen, Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing. Komitmen dan semangat yang ditunjukkan membuahkan hasil apabila memenangi tempat pertama dalam kategori Kerajaan iaitu :
1. Johan Perbarisan lintas hormat
2. Johan Pakaian Tercantik


Ahad, Oktober 09, 2016

LAWATAN KE SEKOLAH AGAMA PULAU PEMANGGIL DAN SEKOLAH AGAMA PULAU AUR

26 September 2016 - Unit Pengurusan Sekolah , Pejabat Pendidikan Islam Daerah Mersing telah mengadakan lawatan ke sekolah agama di Pulau Pemanggil dan Pulau Aur. Jutaan terima kasih kepada Guru Besar dan guru-guru yang terlibat sepanjang 2 hari 1 malam program lawatan ini berjalan dari 26.09.2016 hingga 27.09.2016.
Antara program yang dijalankan seperti Hari Sukan dan Majlis Suai kenal antara penduduk kampung Pulau Aur dan PPID & kakitangan Pejabat Pendidikan Islam Daerah Mersing serta guru-guru Sekolah Agama Pulau Aur dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Pulau Aur.




FESTIVAL BERZANJI DAN MARHABAN ADUN KAWASAN ENDAU

27 OGOS 2016 - Festival Berzanji dan Marhaban Guru-Guru Agama Daerah Mersing telah diadakan di Pertubuhan Peladang Kawasan Endau yang dianjurkan oleh ADUN Kawasan Endau.
Turut hadir bersama pada program tersebut ialah Puan Alwiyah binti Talib, Ketua Wanita UMNO Bahagian Mersing.
Tahniah diucapkan kepada guru-guru daripada SRAB Mersing kerana berjaya menjadi Johan Acara Berzanji dan Marhaban Guru-Guru Agama Daerah Mersing Kawasan Endau 2016.



Selasa, Ogos 09, 2016

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA, SAMBUTAN HARI GURU DAN MAJLIS MENGENANG JASA




28 Julai 2016 (Khamis) - satu majlis gilang-gemilang telah diadakan iaitu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Sambutan Hari Guru-Guru Agama Daerah Mersing dan Majis Mengenang Jasa telah diadakan dengan meriah di Dewan Jubli Intan, Mersing.
Majlis tersebut meraikan kegembiraan sempena di bulan Syawal beserta meraikan penerima-penerima anugerah Sempena Hari Guru Agama Daerah Mersing. Tahniah diucapkan.
Majlis tersebut juga meraikan guru-guru dan staf PPID Mersing yang telah berpindah ke daerah lain serta meraikan guru-guru yang bersara dan guru yang bakal menunaikan haji.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran perasmi Encik Sidek bin Paiman, Timbalan Pengarah Pengurusan, Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Khamis, Julai 21, 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA KAJIAN SEMULA PENGURUSAN PEJABAT DAN SEKOLAH BIL 3/2016

14 Julai 2016 - Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pejabat dan Sekolah Bil 3/2016 telah diadakan di Sekolah Agama Tanjung Leman. Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah Sekolah Agama Tanjung Leman iaitu Ustaz Nazaruddin bin Hj Abd Kadir di atas layanan yang diberikan kepada semua Guru Besar dan warga kerja PPID Mersing.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016

6 JULAI 2016 bersamaan 1 SYAWAL 1437 - Warga kerja Pejabat Pendidikan Islam Daerah Mersing mengucapkan Selamat Hari Raya serta Maaf Zahir dan Batin. Semoga semua guru bergembira pada hari raya ini bersama keluarga dan sanak saudara.

Selasa, Jun 07, 2016

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK

Selamat Menyambut Bulan Ramadan al-Mubarak kepada semua guru agama di Daerah Mersing. Bulan yang dinanti oleh semua umat Islam kerana hari yang penuh rahmat dan pengampunan dari Allah S.W.T. Hanya di bulan ini terdapat hari yang lebih baik daripada 1000 bulan...
Antara pengisian program di bulan Ramadan ini ialah memasak bubur lambuk antara warga kerja PPID dan juga AJK PERSAGA Mersing serta guru-guru agama Mersing yang berhampiran.

Maaf Zahir batin daripada kami,
Warga kerja Pejabat Pendidikan Islam Daerah Mersing.

Isnin, Mei 30, 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN PEJABAT DAN SEKOLAH BIL 2/2016

29 Mei 2016 - Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pejabat dan Sekolah Bil 2/2016 telah diadakan di Sekolah Agama Belukar Juling. Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah Sekolah Agama Belukar Juling iaitu Ustaz Md Norman bin Md Noh di atas layanan yang diberikan kepada semua Guru Besar dan semua pegawai PPID Mersing.


MAJLIS PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN MURID-MURID SAKJ PERINGKAT DAERAH TAHUN 2016

25 Mei 2016 - Pertandingan Majlis Pertandingan Tilawah al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor telah diadakan di Dewan Utama Sekolah Agama Felda Nitar 02, Mersing. Sebanyak 16 acara dipertandingkan. Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Tuan Zamri bin Hj Momen, Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing. Manakala Johan keseluruhan Peringkat Daerah diungguli Zon Endau. Tahniah kepada peserta yang Berjaya di peringkat Daerah. Semoga kejayaan milik kita pada Peringkat Negeri in sya Allah yang dijangka akan diadakan pada bulan September di Daerah Batu Pahat.