Rabu, Mei 16, 2012

MAJLIS AMANAT PERKHIDMATAN GURU AGAMA DAERAH MERSING

Majlis Amanat Perkhidmatan Guru Agama Daerah Mersing telah diadakan pada 15 Mei 2012 di Hotel Sri Malaysia, Mersing. Dalam amanat yang disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Agama Daerah Mersing, belioau menekankan agar Guru Besar sentiasa mengingatkan  kepada guru-guru dibawah jagaan mempunyai sifat 'makarin' atau integriti dan sentiasa menunjukkan cara hidup pergaulan kepada masyarakat dengan cara Islam kerana orang-orang Islam yang tidak menunjukkan cara Islam maka dia adalah golongan munafik serta sentiasa memuliakan orang yang lebih tua serta mengasihi orang yang muda.



Disini juga saya bersama warga Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing mengucapkan Selamat Hari Guru..............

Isnin, Mei 07, 2012

KURSUS JAWI 2012


Kursus Jawi 2012 telah di adakan kepada guru-guru Agama Daerah Mersing pada 1 Februari 2012 , 15 Februari 2012 dan 8 Mac 2012 .


Jumaat, Januari 13, 2012

MAJLIS AMANAT GURU-GURU AGAMA DAERAH MERSING






Pada 8 Januari 2012, perjumpaan antara guru-guru agama daerah Mersing dan warga kerja Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing bersama Y.B Datuk Dr Haji Abdul Latif Bin Haji Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia telah diadakan di Perkarangan Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing.
Antara pegisian yang terdapat di majlis amanat tersebut ialah ceramah tentang Solat Berjemaah Dan Kepimpinan yang disampaikan oleh Ustaz Khaidir Bin Husin Bin Ibrahim. Selain itu, majlis tersebut di serikan lagi dengan ucapan oleh Pengerusi Majlis Guru Agama Daerah Mersing (MAGA), Ustaz Shamsari Bin Md Nor.
Guru-guru juga diperdengarkan dengan amanat awal tahun 2012 oleh Pegawai Pendidikan Agama Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Hidris Bin Shahri yang menekankan tentang sahsiah guru, tanggungjawab guru dan pelan strategi PPAD pada tahun 2009 dan 2010 iaitu 4PQ dan 10D.
Pada majlis tersebut, dilancarkan satu program bagi tahun 2012 iaitu program IMAMA. IMAMA itu bermaksud:
I = Intelektual
M = Muttaqin
A = Alim
M = Mubaligh
A = Amal
Selamat Tahun Baru, semoga guru-guru agama daerah Mersing sentiasa mampu memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan dalam mendidik pelajar agar menjadi pelajar yang lengkap dengan ilmu dunia dan akhirat. Insyaallah.

Jumaat, September 30, 2011

Majlis Pelancaran 1RM1 Tahun 2011






Majlis Pelancaran Program 1RM1 telah diadakan di Sekolah Agama Bandar Endau pada 19 Julai 2011 bersamaan 17 Syaaban 1432 yang dirasmikan oleh Pegawai Daerah Mersing.
Program 1RM1 ini diilhamkan oleh Tuan Haji Mohd Hidris Bin Shahri, Pegawai Pendidikan Agama Daerah Mersing pada tahun 2009. Program ini akan diadakan setiap tahun yang bertujuan untuk memupuk semangat sikap suka menderma di kalangan pelajar khususnya dan masyarakat amnya.

Isnin, Mei 23, 2011

Aktiviti Bulan Jun 2011

Unit Pengurusan Akademik
1. Kursus Peningkatan Pembelajaran Dan Pengajaran - 9.6.2011 - Hotel Sri Malaysia.
2. Bengkel Bina Ramalan Soalan SDEA 2011 - 26.6.2011 - Hotel Sri Malaysia.
3.Pemantauan Pelaksanaan PPQ - 13-30 Jun 2011 - Semua Sekolah.
4. Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak TAJ- 24.6.2011 - Hotel Sri Malaysia Mersing.
Unit Pentadbiran Dan Kewangan
1.Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun.-
2. Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Semula Pengurusan Pejabat.- 7/6/2011
3. Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Semula Pengurusan Pejabat & Sekolah. - 21/6/2011
4. Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus. - 16/6/2011
5. Bengkel Pengurusan Aset Alih Kerajaan.-13/6/2011
6. Bengkel Pengurusan Akaun Suwa. - 28 & 29 / 6/2011

Jumaat, Mei 20, 2011

TAHNIAH

SENARAI GURU KENAIKAN PANGKAT TAHUN 2010-2011
USTAZ MOHD SOPIAN BIN ADAM DGA 32
USTAZAH NORSIAH BINTI MOHD YATIM DGA 32
USTAZAH ZALINA BINTI NOORDIN DGA 32 (Berpindah ke Ibu Pejabat di Johor)

USTAZAH AMNAH BINTI ABU BAKAR GURU BESAR
USTAZ SAMION BIN HJ RASIM GURU BESAR
USTAZ AHMAD YUSOF BIN HARON GURU BESAR
USTAZ MOHD NAZRI BIN ASTANGI GURU BESAR
USTAZ MOHD HAMDI BIN YUSOF GURU BESAR
USTAZ ABD RAZAK BIN MOHAMAD GURU BESAR
USTAZ HAIRY BIN WAHI GURU BESAR

Khamis, Mei 19, 2011

SELAMAT HARI GURU

















Pengertian Guru.
Menurut kamus Dewan (1993), guru merujuk kepada pendidik, pengajar dan pengasuh. Manakala keguruan ialah perkara yang berkaitan dengan guru, peranan (tugas, kelayakan) sebagai guru. Manakala dalam bahasa arab guru dipanggil sebagai mudarris yang bermaksud sebagai pengajar. Walaubagaimanapun, dalam Islam guru itu bukan sahaja bertugas sebagai pengajar sahaja tetapi mereka ini dipanggil dengan pelbagai panggilan yang merujuk kepada tanggungjawab guru yang sebenar. Antara panggilan-panggilan tersebut ialah al-Mu’allim (menyampaikan ilmu yang sebenar), al-Murabbi (menjayakan proses tarbiah), al-Mu’addib (mengajar adab dan budi pekerti), al-Mudarri (mengajar pelajaran dan kemahiran) dan al-Mursyid (membentuk kepimpinan Islam).
Menurut Imam al-Ghazali pula guru ialah orang yang memiliki ilmu pengetahuan yang berusaha menambahkan ilmu di dadanya kemudian dia mengajarkan kepada orang lain. Dr. Tajul Ariffin Abim pula menyatakan ahli ilmu (guru) yang sebenar, akan merasakan dirinya berada dalam kekurangan dan akan berusaha untuk menambahkan ilmunya secara berterusan. Bagi Imam Syafie pula berkata bahawa “Guru merupakan tempat gambaran penghadang tafsiran yang berbentuk amali dalam kehidupan ilmu yang ada padanya tidak pernah berpisah daripada kenyataan kehidupan”.
Tugas Guru Menurut Imam Al-Ghazali
1) Mencari ilmu
2) Beramal dengan ilmu
3) Menyanyangi pelajar
4) Mengajar dengan niat menyelamatkan pelajar dari kesengsaraan akhirat.
5) Meneladani Nabi saw.
6) Jangan menganggap dirinya orang yang paling berjasa kepada pelajar.
7) Mengutamakan pahala daripada yang lain.Memandang akibat yang buruk jika guru lalai dengan bertanggungjawab.
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU DI DAERAH MERSING.


Sempena Hari Guru ini pada 16 Mei 2011, Pegawai Pendidikan Agama Daerah Mersing iaitu Haji Mohd Hidris Bin Shahri bersama Penolong Pegawai UPA iaitu Haji Salim Mohamed, Penolong Pegawai UPS iaitu Ustaz Mohd Sopian Bin Adam dan wakil Penyelia KAFA iaitu Ustazah Rozaida Binti Daud dan Pemandu Kenderaan Jabatan iaitu Encik Khairul Safaruddin Bin Md Khalid telah menghadiri ke beberapa sekolah di kawasan endau untuk bertemu guru-guru serta mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada mereka. Cenderahati juga diberikan kepada semua guru sebagai tanda kenangan dan sebagai motivasi kepada guru-guru agar terus berkhidmat dengan lebih cemerlang , sabar, tabah dan ikhlas.....Terima kasih, cikgu.