Jumaat, Jun 15, 2012
Sukan Anjuran Majlis Agama Guru (MAGA) Daerah Mersing yang diadakan di Maahad Johor pada 6 & 7 Jun 2012. Gambar - Pengerusi MAGA Daerah Mersing Ustaz Shamsari Bin Md Nor bersama kontijen Bola Jaring dan pemain badminton.
Posted by
TUAN ZAMRI BIN HJ MOMEN PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM MERSING
at
6/15/2012 12:01:00 PTG
Tiada ulasan:
Jumaat, Jun 01, 2012
LAWATAN PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL
15 Mei 2012 - MERSING
Lawatan kerja ke Sekolah Agama Pulau Aur dan Pulau Pemanggil telah diadakan selama 3 hari bermula 15 Mei 2012 sehingga 17 Mei 2012.
Posted by
TUAN ZAMRI BIN HJ MOMEN PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM MERSING
at
6/01/2012 08:50:00 PG
Tiada ulasan:
Selasa, Mei 22, 2012
MAJLIS PECAH TANAH BANGUNAN TAMBAHAN SRAB MERSING
MERSING. Pada 18 Mei 2012 Majlis Pecah Tanah Bangunan Tambahan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Mersing telah diadakan. Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannnya oleh Y.B. Dato' Hj Zainal Abidin Bin Hj Othman, Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor.
Posted by
TUAN ZAMRI BIN HJ MOMEN PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM MERSING
at
5/22/2012 05:32:00 PTG
Tiada ulasan:
Rabu, Mei 16, 2012
MAJLIS AMANAT PERKHIDMATAN GURU AGAMA DAERAH MERSING
Majlis Amanat Perkhidmatan Guru Agama Daerah Mersing telah diadakan pada 15 Mei 2012 di Hotel Sri Malaysia, Mersing. Dalam amanat yang disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Agama Daerah Mersing, belioau menekankan agar Guru Besar sentiasa mengingatkan kepada guru-guru dibawah jagaan mempunyai sifat 'makarin' atau integriti dan sentiasa menunjukkan cara hidup pergaulan kepada masyarakat dengan cara Islam kerana orang-orang Islam yang tidak menunjukkan cara Islam maka dia adalah golongan munafik serta sentiasa memuliakan orang yang lebih tua serta mengasihi orang yang muda.
Disini juga saya bersama warga Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing mengucapkan Selamat Hari Guru..............
Posted by
TUAN ZAMRI BIN HJ MOMEN PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM MERSING
at
5/16/2012 12:24:00 PTG
Tiada ulasan:
Isnin, Mei 07, 2012
KURSUS JAWI 2012
Kursus Jawi 2012 telah di adakan kepada guru-guru Agama Daerah Mersing pada 1 Februari 2012 , 15 Februari 2012 dan 8 Mac 2012 .
Posted by
TUAN ZAMRI BIN HJ MOMEN PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM MERSING
at
5/07/2012 10:45:00 PG
Tiada ulasan:
Jumaat, Januari 13, 2012
MAJLIS AMANAT GURU-GURU AGAMA DAERAH MERSING
Pada 8 Januari 2012, perjumpaan antara guru-guru agama daerah Mersing dan warga kerja Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing bersama Y.B Datuk Dr Haji Abdul Latif Bin Haji Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia telah diadakan di Perkarangan Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing.
Antara pegisian yang terdapat di majlis amanat tersebut ialah ceramah tentang Solat Berjemaah Dan Kepimpinan yang disampaikan oleh Ustaz Khaidir Bin Husin Bin Ibrahim. Selain itu, majlis tersebut di serikan lagi dengan ucapan oleh Pengerusi Majlis Guru Agama Daerah Mersing (MAGA), Ustaz Shamsari Bin Md Nor.
Guru-guru juga diperdengarkan dengan amanat awal tahun 2012 oleh Pegawai Pendidikan Agama Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Hidris Bin Shahri yang menekankan tentang sahsiah guru, tanggungjawab guru dan pelan strategi PPAD pada tahun 2009 dan 2010 iaitu 4PQ dan 10D.
Pada majlis tersebut, dilancarkan satu program bagi tahun 2012 iaitu program IMAMA. IMAMA itu bermaksud:
I = Intelektual
M = Muttaqin
A = Alim
M = Mubaligh
A = Amal
Selamat Tahun Baru, semoga guru-guru agama daerah Mersing sentiasa mampu memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan dalam mendidik pelajar agar menjadi pelajar yang lengkap dengan ilmu dunia dan akhirat. Insyaallah.
Posted by
TUAN ZAMRI BIN HJ MOMEN PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM MERSING
at
1/13/2012 03:31:00 PTG
Tiada ulasan:
Jumaat, September 30, 2011
Majlis Pelancaran 1RM1 Tahun 2011





Majlis Pelancaran Program 1RM1 telah diadakan di Sekolah Agama Bandar Endau pada 19 Julai 2011 bersamaan 17 Syaaban 1432 yang dirasmikan oleh Pegawai Daerah Mersing.
Program 1RM1 ini diilhamkan oleh Tuan Haji Mohd Hidris Bin Shahri, Pegawai Pendidikan Agama Daerah Mersing pada tahun 2009. Program ini akan diadakan setiap tahun yang bertujuan untuk memupuk semangat sikap suka menderma di kalangan pelajar khususnya dan masyarakat amnya.
Posted by
TUAN ZAMRI BIN HJ MOMEN PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM MERSING
at
9/30/2011 08:48:00 PTG
Tiada ulasan:
Langgan:
Catatan (Atom)





