Ahad, Ogos 24, 2014

MAJLIS KHATAM DAN TADARUS AL-QURAN PERINGKAT PPAD TAHUN 2014

Majlis ini diadakan pada 22 Julai 2014 bersamaan 24 Ramadhan 1435 iaitu pada hari selasa. Majlis dihadiri oleh guru-guru agama dari daerah Mersing. Majlis dimulakan dengan bacaan khatam al-quran oleh guru-guru lelaki yang dipilih dari setiap 32 sekolah. Kemudian, PPAD Mersing iaitu Tuan Haji Mohd Faiz bin Rohani memberikan sepatah dua kata sekaligus menyampaikan sumbangan Ihya' Ramadhan bagi keluarga miskin di setiap sekolah. 


Para guru menunggu majlis bermula.






PPAD memberikan ucapan sepatah dua kata.


Mantan PPAD Mersing menyampaikan ceramah bertajuk Kelebihan Malam Lailatul Qadr.


Rabu, Januari 08, 2014

MAJLIS JASAMU DIKENANG MANTAN PEGAWAI PENDIDIKAN AGAMA DAERAH MERSING - USTAZ HJ MOHD HIDRIS BIN SHAHRI

6 September 2013
Majlis yang diadakan di FELDA Residence, Tanjung Leman, Mersing bertujuan meraikan mantan PPAD serta mengenang jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Ustaz Hj Mohd Hidris bin Shahri di Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing.
Kami warga PPAD Mersing mengucapkan terima kasih serta mendoakan semoga beliau terus berjaya dan cemerlang dalam kehidupan dunia dan akhirat.






Selasa, Julai 24, 2012

PROGRAM KHIDMAT BAKTI MASYARAKAT GURU-GURU AGAMA


HARI GURU PERINGKAT NEGERI


Majlis Sambutan hari guru Agama peringkat negeri Johor pada 5 Julai 2012 yang dirasmikan oleh Menteri Besar Johor di Institut Latihan Perindustrian, Mersing.



 

Jumaat, Jun 15, 2012



Sukan Anjuran Majlis Agama Guru (MAGA) Daerah Mersing yang diadakan di Maahad Johor pada 6 & 7 Jun 2012.  Gambar - Pengerusi MAGA Daerah Mersing Ustaz Shamsari Bin Md Nor bersama kontijen Bola Jaring dan pemain badminton.

Jumaat, Jun 01, 2012

LAWATAN PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL

15 Mei 2012 - MERSING
Lawatan kerja ke Sekolah Agama Pulau Aur dan Pulau Pemanggil telah diadakan selama 3 hari bermula 15 Mei 2012 sehingga 17 Mei 2012.




Selasa, Mei 22, 2012

MAJLIS PECAH TANAH BANGUNAN TAMBAHAN SRAB MERSING

MERSING. Pada 18 Mei 2012 Majlis Pecah Tanah Bangunan Tambahan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Mersing telah diadakan. Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannnya oleh Y.B. Dato' Hj Zainal Abidin Bin Hj Othman,  Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor.