Selasa, Mei 03, 2016

PERUJIAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ZON ENDAU

26 April 2016 - Perujian Tilawah al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Zon Endau telah diadakan di Sekolah Agama Semanyir. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Johari bin Samat, Penolong Pegawai Unit Pengurusan Sekolah. Tahniah diucapkan kepada sekolah yang berjaya. Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada tuan rumah Guru Besar Sekolah Agama Semanyir, Ustazah Jamaliah binti Mahmood atas kerjasama yang diberi. Johan keseluruhan Tilawah al-Quran Murid SAKJ Peringkat Zon Endau adalah Sekolah Rendah Agama Bersepadu Mersing. TAHNIAH. Semoga Allah sentiasa memelihara kita semua dalam memperkasakan Islam di bumi Mersing.


Isnin, Mei 02, 2016

MESYUARAT PPID BERSAMA GURU BESAR KALI-1 TAHUN 2016

28 Mac 2016 -Mesyuarat PPID bersama Guru Besar SAKJ Daerah Mersing telah diadakan di Sekolah Agama Pengkalan Batu, Mersing. Mesyuarat dipengerusikan oleh PPID Mersing UstazMohd Zamri bin Haji Momen. Pada hari tersebut juga sebagai tanda salam perkenalan PPID Mersing yang baru kepada semua Guru Besar.
Semoga kerjasama yang erat dan mantap dapat diwujudkan bersama PPID baru bersama pihak sekolah.





Isnin, Mac 21, 2016

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PULAU TINGGI 1437/2016

8-9 Mac 2016 - Majlis Sambutan Maulidul Rasul Pulau Tinggi telah dianjurkan oleh Sekolah Agama Pulau Tinggi bersama JKKK Pulau Tinggi  dan SK Pulau Tinggi. Pelbagai program  telah disusun sepanjang 2 hari tersebut. Antara program yang dianjurkan Pertandingan Mewarna, Perujian  berzanji, azan, menghafaz surah al-Fatihah dan bersajak, Solat Gerhana Matahari dan Forum Perdana yang dipengerusikan oleh Ustaz Nazaruddin bin Abd Kadir. Dua jemputan ahli panel yang terkenal iaitu Haji Mohd Hidris bin Shahri dan Haji Ahmad Hesamuddin bin Mohd Tahir.  Turut sama hadir pada majlis tersebut Tuan Zamri bin Hj Momen, Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing

MAJLIS AMANAT PENGARAH DAN SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH AGAMA DAERAH MERSING

3 Mac 2016 - Majlis Amanat Pengarah dan Majlis Maulidul Rasul Peringkat Sekolah Agama Daerah Mersing telah diadakan di Institut Latihan Perindustrian Mersing. Amanat Pengarah telah disampaikan oleh Tuan Haji Nasir bin Amir, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Turut hadir bersama Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing, Tuan Zamri bin Haji Momen dan Pengarah Institut Latihan Perindustrian Mersing.
Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sekolah Agama Daerah Mersing telah diserikan dengan persembahan nasyid daripada kumpula Ideal dari Sekolah Agama Tanjung Resang, Mersing, Johor dan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mat Isa bin Man, Pensyarah Institut Perguruan Batu Pahat, Johor.

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN YURAN PERSEKOLAHAN SEKOLAH AGAMA DAERAH MERSING

2 Februari 2016 - Sebanyak 32 buah sekolah agama di daerah Mersing yang telah menerima bantuan yuran persekolahan sebanyak RM100 bagi pelajar yang layak. Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan tersebut telah disampaikan oleh Haji Md Rofiki bin Dato'' Haji A. Shamsudin, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor.  di Dewan Sekolah Agama Bukit Timbalan, Mersing. Turut hadir sama ialah As Syeikh Nasri bin  Rahman, Kadi Daerah Mersing dan Ustaz Kahirul Anwar bin Isnin, Penolong Amin Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Johor Daerah Mersing.



MESYUARAT MINGGU WAJIB DAN MAULIDUL RASUL PERINGKATSEKOLAH AGAMA DAERAH MERSING

2 Februari 2016 - Mesyuarat antara semua Guru Besar Sekolah Agama Kerajaan Johor bagi Daerah Mersing bersama Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing, Tuan Haji Ahmad Hesamuddin bin Mohd Tahir di Dewan Sekolah Agama Bukit Timbalan, Mersing bagi membincangkan Majlis Minggu Wajib bersama Pengarah dan Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sekolah Agama Daerah Mersing

Isnin, Januari 04, 2016

SESI AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN TAHUN 2016

3 Januari 2015 - Warga kerja PPID Mersing mengucapkan selamat berjuang dan menjalankan tugas kepada semua warga pendidik di Sekolah Agama Kerajaan Johor Daerah Mersing bagi tahun 2016.
Semoga kalian semua dapat menjalankan tanggungjawab dengan amanah, berdedikasi dan berintegriti agar dapat memartabatkan lagi sistem pendidikan sekolah agama di Daerah Mersing khususnya.
" GURU MEMBINA ILMU DAN MENYEMPURNAKAN AKHLAK"