Rabu, Mei 18, 2016

MESYUARAT PENYELARASAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH MERSING 2016

16 Mei 2016 - Mesyuarat Penyelarasan Tilwah al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Daerah Mersing telah diadakan pada 16 Mei 2016 di Sekolah Agama Felda Nitar 02. Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar S.A.Felda Nitar 02 , Ustazah Rashidah binti Abd Rashid. dan semua guru penolongnya kerana sudi menjadi tuan rumah untuk Perujian Tilawah al-Quran Murid-Murid SAKJ Peringkat Daerah Mersing yang dijangka akan diadakan pada 25 Mei 2016. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh PPID Mersing, Ustaz Zamri bin Hj Momen.

SELAMAT HARI GURU 2016

16 MEI 2016 - Warga kerja Pejabat Pendidikan Islam Daerah Mersing mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru agama di Daerah Mersing. Semoga tahun ini memberi lebih inspirasi kepada semua guru agar terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.


Selasa, Mei 03, 2016

PERUJIAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ZON TENGGAROH

27 April 2016 -  Perujian Tilawah al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Zon Tenggaroh telah diadakan di Sekolah Agama Felda Tenggaroh 06. Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing, Ustaz Mohd Zamri bin Haji Momen. Tahniah kepada sekolah yang telah berjaya. Tahniah dan terima kasih kepada tuan rumah, Ustaz Ahmad Nasir bin Awang di atas kerjasama yang diberi. Johan keseluruhan Tilawah al-Quran Murid SAKJ Peringkat Zon adalah Sekolah Agama Bukit Timbalan.


PERUJIAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ZON ENDAU

26 April 2016 - Perujian Tilawah al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Zon Endau telah diadakan di Sekolah Agama Semanyir. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Johari bin Samat, Penolong Pegawai Unit Pengurusan Sekolah. Tahniah diucapkan kepada sekolah yang berjaya. Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada tuan rumah Guru Besar Sekolah Agama Semanyir, Ustazah Jamaliah binti Mahmood atas kerjasama yang diberi. Johan keseluruhan Tilawah al-Quran Murid SAKJ Peringkat Zon Endau adalah Sekolah Rendah Agama Bersepadu Mersing. TAHNIAH. Semoga Allah sentiasa memelihara kita semua dalam memperkasakan Islam di bumi Mersing.


Isnin, Mei 02, 2016

MESYUARAT PPID BERSAMA GURU BESAR KALI-1 TAHUN 2016

28 Mac 2016 -Mesyuarat PPID bersama Guru Besar SAKJ Daerah Mersing telah diadakan di Sekolah Agama Pengkalan Batu, Mersing. Mesyuarat dipengerusikan oleh PPID Mersing UstazMohd Zamri bin Haji Momen. Pada hari tersebut juga sebagai tanda salam perkenalan PPID Mersing yang baru kepada semua Guru Besar.
Semoga kerjasama yang erat dan mantap dapat diwujudkan bersama PPID baru bersama pihak sekolah.





Isnin, Mac 21, 2016

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PULAU TINGGI 1437/2016

8-9 Mac 2016 - Majlis Sambutan Maulidul Rasul Pulau Tinggi telah dianjurkan oleh Sekolah Agama Pulau Tinggi bersama JKKK Pulau Tinggi  dan SK Pulau Tinggi. Pelbagai program  telah disusun sepanjang 2 hari tersebut. Antara program yang dianjurkan Pertandingan Mewarna, Perujian  berzanji, azan, menghafaz surah al-Fatihah dan bersajak, Solat Gerhana Matahari dan Forum Perdana yang dipengerusikan oleh Ustaz Nazaruddin bin Abd Kadir. Dua jemputan ahli panel yang terkenal iaitu Haji Mohd Hidris bin Shahri dan Haji Ahmad Hesamuddin bin Mohd Tahir.  Turut sama hadir pada majlis tersebut Tuan Zamri bin Hj Momen, Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing

MAJLIS AMANAT PENGARAH DAN SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH AGAMA DAERAH MERSING

3 Mac 2016 - Majlis Amanat Pengarah dan Majlis Maulidul Rasul Peringkat Sekolah Agama Daerah Mersing telah diadakan di Institut Latihan Perindustrian Mersing. Amanat Pengarah telah disampaikan oleh Tuan Haji Nasir bin Amir, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Turut hadir bersama Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing, Tuan Zamri bin Haji Momen dan Pengarah Institut Latihan Perindustrian Mersing.
Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sekolah Agama Daerah Mersing telah diserikan dengan persembahan nasyid daripada kumpula Ideal dari Sekolah Agama Tanjung Resang, Mersing, Johor dan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mat Isa bin Man, Pensyarah Institut Perguruan Batu Pahat, Johor.