Isnin, Ogos 17, 2009

Selamat menyambut Ramadhan





Assalamualaikum.
Seluruh Warga Pejabat Pendidikan Agama Mersing ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan semoga sekalian Warga Pendidik dapat menjalani ibadah puasa dengan tabah dan ianya dapat menambah lagi semangat menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah S.W.T dan sebagai ulama'. Semoga Allah menerima ibadah kita semua.

Ahad, Ogos 16, 2009

tilawah 2007

tilawah 2006

Sabtu, Ogos 15, 2009

Ibu bapa digesa tidak abai pendidikan agama anak-anak









MERSING 14 Ogos - Ibu bapa digesa tidak mengabaikan pendidikan agama kepada anak-anak mereka kerana ia penting untuk membentuk generasi muda menjadi rakyat yang baik.

Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, pendidikan agama yang mendalam juga mampu melahirkan generasi berdisiplin dan mempunyai nilai murni yang tinggi.

"Walau setinggi mana sekalipun pelajaran, jangan abaikan pendidikan agama kerana ia sangat penting untuk menjamin hidup yang baik," katanya semasa merasmikan Mesyuarat Badan Kebajikan Sekolah Agama Felda Tenggaroh 3, dekat sini baru-baru ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertahanan turut mengingatkan semua pihak supaya tidak bersikap sombong dan angkuh kerana ia akan menimbul perasaan benci kepada orang lain.

Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid yang baru ditubuhkan beberapa bulan lalu atas inisiatif guru besar sekolah itu, Zuraida Zakaria.

Sementara itu, Zuraida memberitahu, kumpulan itu merupakan kumpulan nasyid pertama bagi sekolah agama di Johor yang memainkan alat muzik.

"Kumpulan itu telah dilatih oleh Cikgu Ruzini M. Saidak dan pernah memenangi persembahan terbaik nasyid sekolah-sekolah agama negeri Johor," katanya.

Kumpulan nasyid yang terdiri daripada murid-murid itu juga sering mendapat undangan membuat persembahan di luar sekolah.

"Saya berterima kasih pihak Pengurusan Felda, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), guru-guru dan penduduk Felda Tenggaroh 3 kerana sentiasa membantu dan menyokong sekolah agama termasuk bantuan kewangan, tenaga dan kerjasama," katanya.

Turut hadir pada majlis itu adalah Pegawai Pelajaran Agama Daerah Mersing, Mohd. Hadris Shahri.

Rabu, Ogos 12, 2009

Daripada Abu Muhammad Abdullah Ibn 'Amru Ibn Al-'Aas R.A, beliau berkata: Rasullullah SAW telah bersabda:"Seseorang dari kalangan kamu belum benar-benar beriman sehinggalah hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang aku bawa"

(Hadis Hasan Sahih)

Tahniah kepada yang berjaya,yang gagal usaha lagi....

11 Ogos 2009 Kota Tinggi: Pada 10 dan 11 Ogos yang lalu, jabatan agama Johor, Bahagian Pendidikan telah mengadakan Perujian membaca Al-quran Murid sekolah Agama kerajaan Johor Peringkat Negeri kali ke 61.
Sebanyak 23 pertandingan telah dipertandingkan dengan penyertaan 230 orang peserta. Berkat usaha yang dijalankan oleh Unit Pengurusan sekolah PPAD Mersing, pada tahun ini daerah telah menambah satu lagi keloksi johan dari 3 pada tahun 2008 kepada 4 tahun ini.
Kejayaan ini adalah berkat usaha peserta, guru pembimbing, guru-guru dan seluruh warga pendidik daerah mersing. tahniah dan tahniah...yang berjaya kerana dapat membuktikan kejayaan dan yang kalah juga tahniah kerana telah membuktikan keberanian menghadapi cabaran.
Dalam pertandingan tersebut mersing telah mengondol 4 johan bagi ketagori al-Quran Perempuan tahap Khas, Berzanji tahap 2 Perempuan, Tahfiz tahap satu Perempuan dan Khat tahap 2. Manakala tempat kedua bagi al Quran tahap Khas Putera dan tepat ke tiga bagi Al Quran tahap Satu.

Isnin, Ogos 10, 2009