Selasa, Mac 30, 2010
Salam Buat warga kerja Pejabat Pendidikan Agama
Posted by
TUAN ZAMRI BIN HJ MOMEN PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM MERSING
at
3/30/2010 04:26:00 PTG
Tiada ulasan:
Sabtu, Januari 30, 2010
Sultan Johor Mangkat
alfatihah
Kami warga pendidik di daerah Mersing ingin mengucapkan takziah kepada Sultanah Zanariah di atas kemangkatan DYMM Sultan Iskandar pada 23 Januari 2010. Semoga Allah mencucuri Rahmat dan menempatkan al-marhun di kalangan orang-orang yang beriman.
Posted by
TUAN ZAMRI BIN HJ MOMEN PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM MERSING
at
1/30/2010 10:00:00 PTG
Tiada ulasan:
Khamis, Januari 21, 2010
Selamat Tahun Baru 2010
Tahniah kepada semua guru yang berjaya mengharungi tahun 2009 dengan jayanya. Marilah kita merenungi kembali, apakah sasaran dan matlamat serta visi yang kita perjuangkan selama setahun telah tercapai atau perlu ditambah baikan. Marilah kita bersama berganding bahu dan menumpukan misi kita "PENCAPAIAN AKADEMIK YANG CEMERLANG' yang bukan hanya tertumpu kepada akademik pelajar itu sendiri, bahkan ianya meliputi akademik guru-guru agama.
Sebagai seorang guru, kita perlu sentiasa dan berusaha mempertingkatkan tahap ilmu pengetahuan agar masyrakat yang sedang menunggu kita dan mendambakan nur ilmu dipancarkan kepada mereka.
Oleh itu masrilah kita bersama berusaha agar kita dan anak didik kita mempunyai tahap pencapaian akademik yang cemerlang.
bagi mencapai purata pencapaian 70% ke atas,diharapkan pihak sekolah merancang dan meyusun strategik diperingkat sekolah yang menyasar ke arah target pencapaian yang telah persetujui.
Selamat Tahun Baru
Sebagai seorang guru, kita perlu sentiasa dan berusaha mempertingkatkan tahap ilmu pengetahuan agar masyrakat yang sedang menunggu kita dan mendambakan nur ilmu dipancarkan kepada mereka.
Oleh itu masrilah kita bersama berusaha agar kita dan anak didik kita mempunyai tahap pencapaian akademik yang cemerlang.
bagi mencapai purata pencapaian 70% ke atas,diharapkan pihak sekolah merancang dan meyusun strategik diperingkat sekolah yang menyasar ke arah target pencapaian yang telah persetujui.
Selamat Tahun Baru
Posted by
TUAN ZAMRI BIN HJ MOMEN PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM MERSING
at
1/21/2010 09:52:00 PG
Tiada ulasan:
Sabtu, Januari 09, 2010
Posted by
TUAN ZAMRI BIN HJ MOMEN PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM MERSING
at
1/09/2010 07:22:00 PG
Tiada ulasan:
Khamis, November 26, 2009
Selamat Hari Raya Aidil Adha
الحمد لله الذي به تم الصالحات، وصلى الله وسلم وبارك على سيدنا محمد، صاحب المعجزات الباهرات، والكرامات الظاهرات.
وبعد...
اعلم أخي المسلم الحبيب أن للمؤمنين في الدنيا ثلاثة أعياد لا غير، عيد يتكرر في كل أسبوع وهو يوم الجمعة، وعيدان يأتيان في كل عام مرة، وهما عيدا الفطر والأضحى، لمَّـا قدم النبي صلى الله عليه وسلم المدينة كان لهم يومان يلعبون فيهما، فقال: "إن الله قد أبدلكم يومين خيراً منهما: يوم الفطر، ويوم الأضحى" الحديث، فأبدلنا الله بيومي اللهو واللعب هذين يومي الذكر، والشكر، والمغفرة، والعفـو.
وكما للمؤمنين أعياد في الدنيا فلهم كذلك أعياد في الجنة، يجتمعون فيها، ويتزاورون، ويزورون ربهم الغفور الرحيم، وهي نفس أيام الأعياد الثلاثة في الدنيا: يوم الفطر، والأضحى، ويوم الجمعة الذي يدعى بيوم المزيد؛ أما الخواص فإن أيامهم كلها عيد، حيث يزورون ربهم في كل يوم مرتين بكرة وعشياً.
قال ابن رجب الحنبلي رحمه الله: (الخواص كانت أيام الدنيا كلها لهم أعياداً فصارت أيامهم في الآخرة كلها أعياداً. قال الحسن: كل يوم لا يعصي الله فيه فهو عيد ، كل يوم يقطعه المؤمن في طاعة مولاه، وذكره، وشكره فهو له عيد). لطائف المعارف فيما لمواسم العام من الوظائف لابن رجب الحنبلي صفحة 317
يصادف عيد الأضحى المبارك في العاشر من ذي الحجة، حيث يحتفل العالم الأسلامي بهذه المناسبة في كل أنحاء الأرض.
الثاني عشر من ذي الحجة هو آخر الأيام التي يتم بها الحجيج مناسكهم، حيث تكون ذروة هذه المناسك يومي التاسع من ذي الحجة الذي يصعد به الحجاج إلى جبل عرفات تمشيا مع الحديث: النبوي الشريف "الحج عرفة"
اما العالم الاسلامي فيحتفل تضامنا مع هذه الوقفة في ذلك الموقف الشريف اما اول ايام العيد فيقوم الحجاج هناك في "منى" بتقديم الاضحيات لوجه الله تعالى. ومعهم كل قادر من المسلمين في كافة بقاع الارض. من هنا كانت تسمية هذا العيد بعيد الاضحى، واما ذلك العدد الضخم من الاضحيات التي تذبح وتقدم اضحية فهي تيمنا بسيدنا ابراهيم الخليل الذي اوشك ان يذبح ابنه اسماعيل تلبية لطلب الله تعالى والذي افتدى اسماعيل بكبش ذبح لوجه الله. تبدأ احتفالات عيد الاضحى باداء صلاة العيد فجر اليوم الاول من العيد الذي يستمر اربعة ايام. وتصلى هذه الصلاة في مصلى خارج "المساجد" كما انها تجوز داخل المساجد. ايضا وبعد اداء الصلاة ينتشر المسلمون ليقوموا بذبح اضحياتهم تطبيقا للآيةالكريمة: "انا اعطيناك الكوثر ،فصلّ لربك وانحر"

11/26/2009 09:43:00 PTG
Tiada ulasan:
Sabtu, November 14, 2009
Tanggungjawab Ibu Bapa Membentuk Peribadi , Akidah Anak Sebaik Dilahirkan-Sempena Majlis Konvokesyen TAJ 2009

Berdasarkan firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”
(Surah Ash-Shaaffat 23:100)
Pendidikan keluarga Islam merupakan satu saranan dalam pendidikan Islam. Pengertian pendidikan keluarga Islam tidak terbatas pada ruang lingkup mendidik anak sejak dalam kandungan sampai masa sekolah, malah pendidikan keluarga Islam mencakupi mulai masa bayi dalam kandungan hingga anak itu dewasa dan berkeluarga. Suasana pendidikan keluarga Islam ini untuk melahirkan seorang anak yang soleh (cAbdul Qadir Djaelani 2001) sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya:
Daripada ِAbi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila mati anak Adam (manusia), maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh.
Berdasarkan sabda Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. tersebut mencerminkan betapa pentingnya didikan yang wajib ditekan ke atas anak-anak di peringkat bayi sehingga baligh dan seterusnya ke peringkat remaja supaya mereka dapat menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. Menurut jumhur ulamac, yang dimaksudkan hadis di atas ialah anak-anak yang soleh ialah anak-anak yang dibimbing dan dididik oleh orang tuanya supaya selalu mendoakan kesejahteraan mereka berdua di dunia dan akhirat (Umar Hasyim 1983). Oleh sebab itulah, pentingnya ibu bapa mengasuh serta mendidik anak-anak mereka selaras dengan tuntutan syaricat Islam.
Menurut Ahmad Muhammad Jamãl (1989: 12) ”tarbiyah” dalam Islam membawa maksud yang amat mendalam kepada individu dan kelompok. Beliau mengatakan ’tarbiyah’ ialah satu bentuk untuk melahirkan kesedaran yang tinggi kepada ummat Islam. Ia bertujuan menyemai dalam diri seseorang itu supaya menjadi seorang Muslim yang teguh pada agama, cibadah, berkepimpinan dan mempunyai kekuatan rohani dari sudut teori, praktikal, ideologi dan tingkah laku.
Dalam terminologi Bahasa cArab, istilah pendidikan (education) bererti ”tarbiyah”, dengan membawa maksud mengembangkan, memelihara, mengasuh, atau membesarkan. Kata tarbiyah di sini dengan maksud ”mengembangkan atau meningkatkan secara setahap demi setahap”. Ia adalah berlaku ke atas makhluk Allah s.w.t. yang hidup dan memiliki kemampuan untuk tumbuh dan berkembang. Khusus dikaitkan dengan pendidikan awal kanak-kanak, hal ini melibatkan bermacam usaha dalam pengertian ini bahawa semua sikap dan tingkah laku ibu bapa harus diarahkan untuk memberikan pendidikan awal kepada anak-anak secara tepat dan benar. Jadi, apa yang dapat disimpulkan di sini, bahawa anak merupakan wujud daripada sikap dan tingkah laku kedua ibu bapanya (Mahjubah Magazine 1992).
Menurut Ibn Sina dalam Fatimah Ali (1989), peringkat umur dari masa dilahirkan hingga ke enam tahun itu amat kritikal. Dalam jangka usia ini, kanak-kanak mestilah ditekankan kepada pembentukan disiplin. Maka itulah sebabnya Ibn Sina mahukan ibu khususnya, sebagai guru pertama kepada kanak-kanak mempunyai sifat moral yang sempurna serta intelektual yang tinggi dari dari kacamata Islam. Ini kerana, sifat dan kekuatan mental (intelektual) serta spiritual ibu bapa mempunyai pengaruh yang kuat ke atas perkembangan sahsiah kanak-kanak. Pembentukan disiplin kanak-kanak bermula sejak tahap penyusuan. Di sinilah langkah pertama untuk kanak-kanak mempelajari sopan-santun yang baik.
Selain itu, menurut Rousseau (ahli falsafah Perancis) dalam Fatimah (1989) ‘masa kanak-kanak’ di kalangan manusia adalah lebih panjang daripada haiwan. Ini adalah sebab ’masa kanak-kanak’ itu berfaedah bagi ummat manusia kerana tidak ada makhluk lain hidup di muka bumi ini yang lebih lemah dan lebih bergantung kepada alam sekitarnya. Beliau selanjutnya menjelaskan bagaimana kanak-kanak memerlukan perlindungan dan ini boleh dilakukan dengan menyediakan persekitaran yang dapat mengembangkan potensi-potensinya dan mengajarnya untuk menjalani kehidupan yang baik, supaya ia tidak ditinggalkan sendiri dan dipengaruhi oleh gejala-gejala negatif yang mungkin membawa kepada kejahatan dan keburukan.
Antara penyataan beliau: ’Pentingnya masa kanak-kanak di mana peribadinya terbentuk yang pengaruhnya besar sekali pada kehidupan selanjutnya. Iaitu masa dewasa dan masa tua, hal-hal pertamalah yang patut dipelihara, sebab kanak-kanak pada asalnya diciptakan untuk menerima baik atau buruk. Hanya orang tualah yang mencenderungkan kepada salah satu daripadanya’.
Dalam tamadun Barat apa yang dimaksudkan dengan ’pendidikan awal’ ialah pendidikan pendidikan prasekolah. Ia hanya untuk kanak-kanak yang berumur tiga tahun hingga enam tahun iaitu apa yang dikatakan sebagai pendidikan ’kindergarden’, tetapi selepas beberapa kajian mereka mengubah had umur itu kepada peringkat selepas lahir hingga ke enam tahun dan diwujudkan pula peringkat ’nursery’. Dari sudut Islam pula peringkat ’pendidikan awal’ ini bermula dari anak itu masih berada di dalam kandungan ibu lagi sehingga kanak-kanak itu berumur enam tahun. Secara amnya pendidikan prasekolah Islam boleh dibahagikan kepada dua peringkat sebelum lahir dan selepas lahir (Khadijah Zon et al. 1989).
Dari sudut Islam juga, kanak-kanak perlu disedarkan dan diyakinkan seawal mungkin tentang status mereka sebagai insan ciptaan Allah s.w.t. Usaha ini bermula di rumah, tetapi dalam sesuatu latihan proses ini perlu berlaku secara lebih sistematik, berterusan dan terkawal dan proses mendidik ini dalam masa yang sama memerlukan kerjasama daripada ibu bapa secara serius (Mohamed Talhah Idrus 1989). Tanggapan Islam kepada pendidikan dan pembentukan kanak-kanak adalah satu tugas, tanggungjawab, amanah atau cubaan bagi kedua ibu bapa atau sesiapa sahaja yang terlibat dengan pendidikan dan pembentukan anak-anak. Pendidikan juga adalah proses penerapan secara progresif tahap demi tahap ke dalam jiwa manusia dengan ilmu, kemahiran dan akhlak agar anak-anak boleh:
i. Mendisiplinkan badan, jiwa dan mental sesuai dengan keadaan potensi dan kemampuan fizik, intelek, emosi dan rohaninya.
ii. Mencam dan menerima kenyataan sehingga ia boleh mempunyai persepsi, perasaan, harapan dan keinginan untuk mendapat ilmu pengetahuan.
iii. Bersikap adil terhadap dirinya, orang lain, kepada haiwan, tumbuhan dan alam persekitaran.
iv. Mempunyai sikap dan ciri-ciri mental, jiwa, tutur kata dan gerak geri yang berkualiti tinggi.
v. Bergerak secara tepat dan betul (Khalijah Mohd. Salleh 1994).
Dalam memperkatakan pendidikan awal dari perspektif Islam, Al-Ghazali berpendapat bahawa kanak-kanak merupakan amanah dan tanggungjawab orang tuanya, jiwanya suci murni merupakan permata mahal yang bersahaja dan bebas dari ukiran dan gambaran dan ia boleh menerima setiap ukiran dan cenderung kepada apa yang dicenderungkan kepadanya. Asuhan dan pendidikan awal adalah khusus kepada kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Pada umur ini ada dua perkara penting yang dilalui oleh setiap kanak-kanak iaitu pertumbuhan dan perkembangan.
Pertumbuhan adalah perubahan yang boleh diukur daripada satu peringkat ke satu peringkat dan dari suatu masa ke suatu masa seperti perubahan tinggi, berat dan bilangan gigi. Perkembangan pula adalah perubahan yang melihatkan sifat berlainan daripada sifat terdahulu seperti kebolehan seorang bayi untuk merangkak, berjalan, dan seterusnya berlari. (Rosnah Ahmad 2003). Oleh sebab itu, pada peringkat bulan-bulan terawal, anak-anak memberi pengalaman yang penting kepada ibu bapa untuk memahami sikap dan tingkah laku mereka. Pengalaman keibuan dan kebapaan adalah kompleks iaitu ia bukan sahaja pengalaman hanya sekadar melihat dan memahami anak-anak mereka tetapi juga menonjolkan identiti ibu bapa itu sendiri (Diane Richardson 1993).
Dalam proses perkembangan inilah disalurkan corak pendidikan awal kanak-kanak dan melihat sejauh mana ia mempengaruhi perkembangan itu dari segala aspek sama ada keperibadian, pergaulan, kekuatan fizikal, mental, emosi dan kognitif. Dengan kata lain, pendidikan awal terhadap kanak-kanak adalah meliputi semua aspek kehidupan kanak-kanak itu sendiri supaya mereka tidak terlalu kaku untuk berdepan dengan pelbagai situasi di luar rumah apabila mula berhubungan dengan orang asing.
Menurut Prof. Madya Dr. Mastura Badzis, Pengarah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris, hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak, diperingkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun.
Menurut beliau lagi, dapatan terbaru dari kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 80-85% perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak dan peringkat perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Justru itu boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang.
Posted by
TUAN ZAMRI BIN HJ MOMEN PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM MERSING
at
11/14/2009 09:46:00 PTG
Tiada ulasan:
Ahad, Oktober 25, 2009
Masalah Darah Wiladah Dan Darah Nifas
Soalan; Salam Ustaz. Saya ingin meminta penjelasan tentang mandi Wiladah. Apakah dalil yang disandarkan bagi kewajipan mandi wiladah ini? Adakah ia bermakna seorang wanita yang melahirkan anak perlu mandi dua kali; mandi wiladah dan mandi nifas?
Jawapan;
Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi. Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).
Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168). Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawai, jil. 2.
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 1.
3. Al-Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mudtafa al-Bugha, jil. 1.
4. Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan.

10/25/2009 08:50:00 PTG
Tiada ulasan:
Langgan:
Catatan (Atom)