Selasa, Ogos 09, 2016
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA, SAMBUTAN HARI GURU DAN MAJLIS MENGENANG JASA
28 Julai 2016 (Khamis) - satu majlis gilang-gemilang telah diadakan iaitu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Sambutan Hari Guru-Guru Agama Daerah Mersing dan Majis Mengenang Jasa telah diadakan dengan meriah di Dewan Jubli Intan, Mersing.
Majlis tersebut meraikan kegembiraan sempena di bulan Syawal beserta meraikan penerima-penerima anugerah Sempena Hari Guru Agama Daerah Mersing. Tahniah diucapkan.
Majlis tersebut juga meraikan guru-guru dan staf PPID Mersing yang telah berpindah ke daerah lain serta meraikan guru-guru yang bersara dan guru yang bakal menunaikan haji.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran perasmi Encik Sidek bin Paiman, Timbalan Pengarah Pengurusan, Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Posted by
TUAN ZAMRI BIN HJ MOMEN PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM MERSING
at
8/09/2016 04:37:00 PTG
Tiada ulasan:
Khamis, Julai 21, 2016
MESYUARAT JAWATANKUASA KAJIAN SEMULA PENGURUSAN PEJABAT DAN SEKOLAH BIL 3/2016
14 Julai 2016 - Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pejabat dan Sekolah Bil 3/2016 telah
diadakan di Sekolah Agama Tanjung Leman. Terima kasih diucapkan kepada
tuan rumah Sekolah Agama Tanjung Leman iaitu Ustaz Nazaruddin bin Hj Abd Kadir
di atas layanan yang diberikan kepada semua Guru Besar dan warga kerja PPID Mersing.
Posted by
TUAN ZAMRI BIN HJ MOMEN PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM MERSING
at
7/21/2016 02:57:00 PTG
Tiada ulasan:
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016
6 JULAI 2016 bersamaan 1 SYAWAL 1437 - Warga kerja Pejabat Pendidikan Islam Daerah Mersing mengucapkan Selamat Hari Raya serta Maaf Zahir dan Batin. Semoga semua guru bergembira pada hari raya ini bersama keluarga dan sanak saudara.
Posted by
TUAN ZAMRI BIN HJ MOMEN PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM MERSING
at
7/21/2016 02:51:00 PTG
Tiada ulasan:
Selasa, Jun 07, 2016
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK
Selamat Menyambut Bulan Ramadan al-Mubarak kepada semua guru agama di Daerah Mersing. Bulan yang dinanti oleh semua umat Islam kerana hari yang penuh rahmat dan pengampunan dari Allah S.W.T. Hanya di bulan ini terdapat hari yang lebih baik daripada 1000 bulan...
Antara pengisian program di bulan Ramadan ini ialah memasak bubur lambuk antara warga kerja PPID dan juga AJK PERSAGA Mersing serta guru-guru agama Mersing yang berhampiran.
Maaf Zahir batin daripada kami,
Warga kerja Pejabat Pendidikan Islam Daerah Mersing.
Antara pengisian program di bulan Ramadan ini ialah memasak bubur lambuk antara warga kerja PPID dan juga AJK PERSAGA Mersing serta guru-guru agama Mersing yang berhampiran.
Maaf Zahir batin daripada kami,
Warga kerja Pejabat Pendidikan Islam Daerah Mersing.
Posted by
TUAN ZAMRI BIN HJ MOMEN PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM MERSING
at
6/07/2016 08:23:00 PG
Tiada ulasan:
Isnin, Mei 30, 2016
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN PEJABAT DAN SEKOLAH BIL 2/2016
29 Mei 2016 - Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pejabat dan Sekolah Bil 2/2016 telah diadakan di Sekolah Agama Belukar Juling. Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah Sekolah Agama Belukar Juling iaitu Ustaz Md Norman bin Md Noh di atas layanan yang diberikan kepada semua Guru Besar dan semua pegawai PPID Mersing.
Posted by
TUAN ZAMRI BIN HJ MOMEN PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM MERSING
at
5/30/2016 10:18:00 PG
Tiada ulasan:
MAJLIS PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN MURID-MURID SAKJ PERINGKAT DAERAH TAHUN 2016
25 Mei 2016 - Pertandingan Majlis Pertandingan Tilawah al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor telah diadakan di Dewan Utama Sekolah Agama Felda Nitar 02, Mersing. Sebanyak 16 acara dipertandingkan. Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Tuan Zamri bin Hj Momen, Pegawai Pendidikan Islam Daerah Mersing. Manakala Johan keseluruhan Peringkat Daerah diungguli Zon Endau. Tahniah kepada peserta yang Berjaya di peringkat Daerah. Semoga kejayaan milik kita pada Peringkat Negeri in sya Allah yang dijangka akan diadakan pada bulan September di Daerah Batu Pahat.
Posted by
TUAN ZAMRI BIN HJ MOMEN PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM MERSING
at
5/30/2016 10:11:00 PG
Tiada ulasan:
Rabu, Mei 18, 2016
MESYUARAT PENYELARASAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH MERSING 2016
16 Mei 2016 - Mesyuarat Penyelarasan Tilwah al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Daerah Mersing telah diadakan pada 16 Mei 2016 di Sekolah Agama Felda Nitar 02. Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar S.A.Felda Nitar 02 , Ustazah Rashidah binti Abd Rashid. dan semua guru penolongnya kerana sudi menjadi tuan rumah untuk Perujian Tilawah al-Quran Murid-Murid SAKJ Peringkat Daerah Mersing yang dijangka akan diadakan pada 25 Mei 2016. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh PPID Mersing, Ustaz Zamri bin Hj Momen.
Posted by
TUAN ZAMRI BIN HJ MOMEN PEGAWAI PENDIDIKAN ISLAM MERSING
at
5/18/2016 03:46:00 PTG
Tiada ulasan:
Langgan:
Catatan (Atom)












