Sabtu, Januari 30, 2010

Sultan Johor Mangkat


alfatihah


Kami warga pendidik di daerah Mersing ingin mengucapkan takziah kepada Sultanah Zanariah di atas kemangkatan DYMM Sultan Iskandar pada 23 Januari 2010. Semoga Allah mencucuri Rahmat dan menempatkan al-marhun di kalangan orang-orang yang beriman.

Khamis, Januari 21, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Tahniah kepada semua guru yang berjaya mengharungi tahun 2009 dengan jayanya. Marilah kita merenungi kembali, apakah sasaran dan matlamat serta visi yang kita perjuangkan selama setahun telah tercapai atau perlu ditambah baikan. Marilah kita bersama berganding bahu dan menumpukan misi kita "PENCAPAIAN AKADEMIK YANG CEMERLANG' yang bukan hanya tertumpu kepada akademik pelajar itu sendiri, bahkan ianya meliputi akademik guru-guru agama.
Sebagai seorang guru, kita perlu sentiasa dan berusaha mempertingkatkan tahap ilmu pengetahuan agar masyrakat yang sedang menunggu kita dan mendambakan nur ilmu dipancarkan kepada mereka.
Oleh itu masrilah kita bersama berusaha agar kita dan anak didik kita mempunyai tahap pencapaian akademik yang cemerlang.
bagi mencapai purata pencapaian 70% ke atas,diharapkan pihak sekolah merancang dan meyusun strategik diperingkat sekolah yang menyasar ke arah target pencapaian yang telah persetujui.
Selamat Tahun Baru

Sabtu, Januari 09, 2010