Khamis, Disember 31, 2015

SAMBUTAN HARI LAHIR WARGA KERJA PPID MERSING SEPANJANG TAHUN 2015

bulan Mac 2015

Bulan Februari - April 2015


Bulan Mei 2015

Bulan Julai - Ogos 2015

Bulan September - Disember 2015







Rabu, Disember 16, 2015

LAWATAN PPID MERSING SEMPENA TILAWAH ALQURAN PERINGKAT NEGERI

26 Ogos 2015- Tuan Haji Ahmad Hesamuddin bin Mohd Tahir telah mengadakan lawatan sempena memberi semangat kepada pelajar-pelajar yang memasuki pertandingan Tilawah al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Negeri di daerah Muar pada 15 September 2015.
Antara sekolah yang dilawat ialah:
1) Sekolah Agama Sawah Dato
    1.1 Acara Syarahan Bahasa Melayu Putera
    1.2 Acara Syarahan Bahasa Melayu Puteri
    1.3 Acara Nasyid Puteri
2) Sekolah Agama Tanjung Resang
    2.1 Acara Nasyid Putera
3) Sekolah Agama Belukar Juling
    3.1 Acara Hafazan Terbuka

Ahad, Disember 06, 2015

PROGRAM KORBAN PPID MERSING

27 SEPTEMBER 2015 -  Program korban yang diadakan setiap tahun telah diselesaikan oleh warga kerja PPID Mersing bersama guru-guru agama yang turut membantu menyembelih seekor lembu untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

SEMINAR DAURAH KITAB TURATH: KITAB PENAWAR BAGI HATI

22 Oktober 2015 - Seminar Daurah Kitab Turath : Kitab Penawar Bagi Hati telah diadakan pada hari Khamis di Dewan Jubli Intan Mersing. Semua warga kerja PPID Mersing dan semua guru agama daerah Mersing telah hadir ke seminar tersebut. Seminar tersebut telah disampaikan oleh Syeikh Abdel Razak al-Masri dari Institut Tahfiz Darul Masri, Gombak, Selangor.