Sabtu, Mac 07, 2009

UNIT PEPERIKSAAN


Penyelia Unit Peperiksaan
Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing
MOHD SOPIAN BIN ADAM

OBJEKTIF UNIT PEPERIKSAAN BAHAGIAN PENDIDIKAN JABATAN AGAMA JOHOR

Menyelaras pendekatan teknik soalan yang lebih sistematik dengan kaedah terkini bersesuaian dengan perkembangan kurikulum semasa.

Menjadikan Peperiksaan Sekolah Agama sebagai salah satu daripada asas untuk menerapkan nilai murni selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Agama dan Falsafah Pendidikan Negara melalui ujian lisan dan amali yang tersusun.

Meningkatkan mutu penilaian Peperiksaan Bersijil khususnya peperiksaan SDEA dan SDKA.

Memelihara keesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kemudahtafsiran untuk menjamin kualiti sistem peperiksaan Sekolah-sekolah Agama Negeri Johor.



PEPERIKSAAN SIJIL DARJAH ENAM (SDEA) DAN PEPERIKSAAN SIJIL DARJAH KHAS (SDKA) SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI JOHOR

Peperiksaan Sijil Darjah Enam (SDEA) dan Peperiksaan Sijil Darjah Khas (SDKA) ialah peperiksaan berpusat dengan tujuan untuk menilai pencapaian murid-murid sekolah agama.


KEPENTINGAN

SDEA adalah untuk menilai pencapaian murid sekolah agama yang telah belajar selama enam tahun dalam menguasai kemahiran membaca, menulis serta kemahiran kognitif.

SDEA adalah untuk menilai pencapaian murid sekolah agama yang telah lulus dan layak ke Darjah Khas dapat menguasai kemahiran Kognitif, Efektif dan Tsikomotor.

Ujian ini dijalankan dalam Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Arab.



JENIS-JENIS PEPERIKSAAN YANG DIURUSKAN OLEH UNIT PEPERIKSAAN

1. Peperiksaan Setengah Tahun dan Akhir Tahun Sekolah Agama Kerajaan Johor

2. Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) Sekolah Agama Kerajaan Johor

3. Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) Sekolah Agama Kerajaan Johor

4. Peperiksaan Program Pengajian Islam Guru-guru Agama Kerajaan Johor

5. Ujian Penilaian Kelas KAFA

6. Peperiksaan Sekolah Menengah Rendah Agama Sekolah Menengah Agama Negeri Johor

7. Peperiksaan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor

8. Peperiksaan Sekolah Rendah Agama Bersepadu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan