"Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari."
~ Umar Al-Khattab
"Profesionalisme" (bagi Eric Hoyle,1980) adalah sikap dan tindakan yang menyentuh
aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat
kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang berkaitandengannya.
Semuanya adalah hal-hal yang selalu dihubungkaitkan dengan perjuangan kesatuan
sekerja.
"Profesionaliti" pula ialah sikap dan tingkah-laku yang ditunjukkan oleh seseorang
terhadap "profesionnya" serta taraf pengetahuan dan ketrampilan dalam bidang
pekerjaan itu.
Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pengajarannya
dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan murid-muridnya dikatakan mempunyai "profesionaliti" yang tinggi. Dengan kata lain, guru itu melihat perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu "pekerjaaan" tetapi sebagai satu "profesion"
(Omar Hashim,1993).
Sifat dan Ciri-Ciri Seorang Guru Yang Perkasa
Terhadap Murid:punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (iaitu anak didik, ibu bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga kognitif
hubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan murid-murid kenal, hormati dan percayai murid-murid mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan, persembahan musikal dn kebudayaan.
Terhadap Mengajar: melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman adil dalam menilai dan menggred fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi memastikan kurikulum yang sentiasa 'baru dan segar' serta relevan menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah, jabatan atau dirinya sendiri.
Terhadap Disiplin:
seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar seorang yang 'laparkan' ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat menyertainya menjadi ahli kepada komuniti yang belajar bina dan mengekalkan perhubungan profesional bekerja dalam organisasi sekolah yang luas
Secara Peribadinya:
tunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah dan mengajar kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi
berfikiran terbuka, rendah diri, dan bersikap optimistik.
bersambung....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan