Selasa, Mei 18, 2010

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru untuk semua warga guru agama Daerah Mersing. Segala pengorbanan guru yang telah dicurahkan kepada anak-anak bangsa kita bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai.
Walaupun dewasa ini kita dikejutkan dengan beberapa berita yang agak menyedihkan tentang guru agama dan pelbagai pemasalahan yang lain, kita sebagai guru mesti meneruskan jua tugas sebagai pendidik yang berwibawa, berakhlak dan beriman bagi memastikan anak-anak Islam mendapat didikan agama yang sempurna.
Bagi guru-guru agama Daerah Mersing teruskan perjuangan dengan sepenuh hati keikhlasan serta mengamalkan perancangan strategik PPAD Mersing iaitu:
a) 4PQ
b) 10D
c) 10 Rukun Kerja.

CELOTEH:
"mak cakap CIKGU macam MAGGI, makan masa susah"
"Ayah cakap CIKGU macam D'SEEKERS, menakutkan...."
"Atuk cakap pulak CIKGU macam ASTRO , macam-macam ada..."
"Tapi anak saya cakap CIKGU macam LOREAL, kerana dirimu begitu berharga.."

SELAMAT HARI GURU.........TERIMA KASIH CIKGU.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan