Pejabat Pendidikan Agama Daerah merupakan sebuah organisasi yang telah diamanahkan untuk mengurus dan memberi perkhidmatan yang sebaiknya terhadap sistem pendidikan agama Kerajaan Negeri Johor. Bagi meralisasikan hasrat ini, perancangan yang sistematik dan bersepadu amatlah penting. Oleh yang demikian, Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing telah mengambil keputusan untuk menggunakan pendekatan strategik berlandaskan perancangan strategik 4PQ yang diamalkan oleh beberapa jabatan pendidikan di Malaysia. Langkah ini sebagai menyokong usaha Jabatan Agama Johor, Bahagian Pendidikan Agama Johor ini di peringkat mikro dan “grass root”. Rasional pendekatan ini adalah seperti berikut:
1- Tindakan yang lebih fokus ke arah pencapaian misi dan visi serta matlamat Kerajaan Negeri dan sekolah.
2- Perancangan serta perlaksanaan program pengurusan sekolah dan program melibat P&P yang lebih sistematik dan menyeluruh.
3- Penglibatan semua pihak iaitu pejabat, sekolah, pelajar, ibu bapa dan masyarakat luar pada amnya dalam perancangan program pendidikan kearah kecemerlangan.
4- Penggunaan sumber manusia serta sumber bukan manusia yang lebih bersepadu dan optimum dalam perlaksanaan program pendidikan.
5- Peningkatan keberkesanan kos dalam perancangan dan perlaksanaan semua program pendidikan.
6- Peningkatan perasaan keempunyaan(“sense of ownership”) di kalangan semua warga pendidik kearah pencapaian misi dan visi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan