Sabtu, Mac 07, 2009

PROFIL-->Visi,Misi,Piagam Pelanggan



VISI

Menyedia dan mengurus pendidikan Islam yang bersistematik dan berterusan sebagai wadah untuk membentuk dan membina generasi muslim yang berkualiti lagi komited bagi memastikan agar kelangsungan umat islam pada masa hadapan terus terpelihara dan terurus.

MISI

Mencerap kesedaran dan rasa pertanggungjawaban setiap anggota masyarakat terhadap kepentingan pendidikan Islam dalam membentengi dan memperkasakan diri daripada berbagai kemelut cabaran dan gejala negatif yang meruntuh status kemuliaan insan.
Melahirkan anak-anak yang celik agama ,berilmu,beriman,beramal,berakhlak murni dan berketerampilan menerusi program pendidikan yang terancang,bertahap dan berkesan.
Mengurus dan menyediakan barisan para pendidik yang mencukupi,berkelayakan,berkemahiran,berwibawa serta berkeupayaan tinggi dalam menghadapi apa juga cabaran dan hambatan.
Menyediakan kemudahan dan keselesaan prasarana pendidikan secara berterusan bagi
mematuhi hasrat setiap peringkat masyarakat di seluruh Negeri Johor.

PIAGAM PELANGGAN

Memberi layanan yang saksama ,telus dan mesra kepda semua pelanggan.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan