Khamis, September 10, 2009

Tabung 1RM1- hampir RM 40 ribu


Taniah Kepada Semua yang terlibat dalam menjayakan program Ihya' Ramadhan-1RM1 1430/2009 dengan terkumpul sumbangan hampir RM 40 ribu sehingga 10 September 2009.
semoga Allah memberi rahmat dan hidayah kepada kita semua.

Selamat Menyambut Hari Raya 2009/1430


Seluruh Warga Pejabat Pendidikan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh Warga Pendidik Agama Daerah Mersing 2009.
Kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap yang disengajakan atau tidak.

Rabu, September 02, 2009

2009-PELANCARAN 10D Tanda Intergriti Guru-Guru Agama Daerah Mersing





Pejabat Pendidikan Agama Daerah dengan kerjasama Majlis Guru Agama Daerah telah berjaya melancarkan satu lagi program motivasi guru-guru yang lebih bersifat menanamkan sifat intregriti dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang guru pada 26 Julai 2009 bersempena Sambutan Hari Guru Agama Peringkat Daerah Mersing 2009 yang telah dirasmikan oleh Yb Dato' Hj Zainal Abidin Bin Hj Osman di Dewan ILP Mersing.
Berteraskan 10 sifat yang perlu ada iaitu DIRUJUK,DIDAMPINGI,DIIKTIRAF,DIHORMATI,DIPERCAYAI,DI SAF HADAPAN, DICONTOHI, DICARI,DIRASAI, DISAYANGI, kami PPAD pasti semua guru dapat dijelmakan ditengah-tengah masyarakat yang dahagakan bantuan dan tunjuk ajar terutamanya dalam bidang agama.
Program ini adalah lanjutan program yang telah dilancarkan pada tahun 2008 iaitu 4PQ yang berteraskan 4 sifat mulia Rasulullah S.A.W sebagai seorang rasul.
Kami yakin dengan pelancaran ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi tingkahlaku guru-guru agama. Bersama-samalah kita menjunjung tugas yang mulia ini berteraskan kepada Al-quran dan Assunnah.Selamat Maju Jaya.

Sasaran RM10,000 bantu fakir di Mersing

Berita Harian
2 September 2009
Program Satu RM1 bantu rakyat miskin

MERSING: Pelbagai cara dilaksanakan dalam usaha memberi peluang kepada umat Islam di daerah ini memberikan sumbangan serta mengamalkan sedekah dalam Ramadan yang mulia ini.

Pejabat Pendidikan Agama daerah melancarkan Program Satu RM1 sempena Ihya Ramadan mensasarkan kutipan RM10,000 ke atas semua pelajar sekolah agama kerajaan negeri, guru dan kakitangan Pejabat Pejabat berkenaan.
Pegawai Pendidikan Agama daerah, Hidris Shaari, berkata seramai 900 pelajar sekolah agama seluruh daerah termasuk guru dikehendaki menyumbangkan derma ikhlas RM1 setiap seorang sempena menyambut Ramadan ini.

Beliau berkata, sumbangan yang diperolehi itu akan disampaikan kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan golongan yang kurang bernasib baik di daerah ini menjelang Aidilfitri nanti.

"Ini adalah tahun kedua tabung seperti itu dilancarkan dalam usaha membantu golongan kurang berada di daerah ini menjelang Aidilfitri," katanya selepas majlis pelancaran tabung berkenaan yang disempurnakan Penolong Pegawai Daerah, Khalid Jusoh bagi mewakili Pegawai Daerah, Datuk Abdul Razak Hassan di Sekolah Agama Bukit Timbalan, di sini baru-baru ini.

Abdul Razak berkata, dengan pelancaran tabung itu, ia bukan saja dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik di daerah ini malah merapat hubungan silaturrahim di kalangan murid, guru dengan mereka yang kurang bernasib baik di sini.

Beliau berkata, pihaknya menyambut baik langkah Pejabat Pendidikan Agama daerah yang berusaha memperbanyakkan amalan sedekah di bulan yang mulia untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik termasuk golongan miskin dan orang kurang upaya.

"Usaha yang dilaksanakan Pejabat Pendidikan Agama ini baik dalam usaha membantu golongan yang kurang berada ketika menyambut Ramadan dan Aidilfitri," katanya.

Pada majlis itu, seramai 20 pelajar Sekolah Agama Bukit Timbalan menyampaikan sumbangan termasuk guru besar, guru-guru penolong kanan sekolah agama dari seluruh daerah menyampaikan sumbangan pada tabung yang disediakan.

Penyata Bulan Ogos 2009

Jumlah Sekolah :32
Jumlah Guru :251
Staf PPAD :14

Jumlah Murid :(L) 3953
(P) 3766
Jumlah :7719 pelajar